PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU. PENSYARAH : DR. AZIZAH BINTI MD YUSOF NAMA KURSUS : VKMB1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1.

Scene 2 (11s)

PENGENALAN. Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu untuk mengisi masa lapang mereka . Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu . Kebudayaan warisan nenek moyang ini telah disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik . Banyak permainan tradisional yang dipertandingkan dan disertai oleh masyarakat tidak mengira bangsa , agama dan usia ..

Scene 3 (52s)

OBJEKTIF. Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal dalam diri individu Mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara satu sama lain Menyemai semangat cintakan negara dalam diri Memupuk sikap menghargai khazanah warisan bangsa terutama dalam kalangan pelajar Memupuk semangat bekerjasama , bertolak ansur , dan bertoleransi antara pemain di dalam kumpulan Mempertingkatkan daya pemikiran yang baik dalam pelbagai keadaan , berfikiran kreatif dan kebolehupayaan menerima tekanan.

Scene 4 (1m 30s)

SEPAK RAGA/ SEPAK TAKRAW. A picture containing outdoor, person, ground, sidewalk Description automatically generated.

Scene 5 (2m 41s)

GASING. Gasing merupakan permainan yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Gasing merupakan sejenis permainan yang berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik . Permainan gasing selalu dimainkan selepas musim menuai . Gasing mempunyai pelbagai jenis seperti gasing jantung , gasing piring atau leper, gasing kelamar , gasing telur,gasing berembang,gasing melayu,gasing cina,gasing buku benang dan gasing pinang. Gasing dimainkan dengan menggunakan dua cara iaitu gasing pangkah atau gasing uri . Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkan gasing tersebut supaya mengetuk gasing lawan . Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanan gasing untuk berpusing . Gasing dimainkan secara berkumpulan dan tiada had bilangan pemain tetapi permainan gasing bergantung kepada saiz keluasan gelanggang gasing . Terdapat lima langkah utama dalam permainan gasing iaitu melilit tali , melilit gasing , memusing gasing,memangkah dan mengangkat gasing.

Scene 6 (3m 51s)

GALAH PANJANG. A group of children standing on a dirt road Description automatically generated with low confidence.

Scene 7 (5m 44s)

WAU. Dimainkan di kawasan lapang seperti ditepi pantai, sawah padi dan sebagainya. Memerlukan dua orang pemain iaitu pemegang wau dan penjaga tali yang dikenali sebagai juru anjung. Perlu menarik tali melawan arah angin untuk membiarkan wau terbang tinggi di udara. Tali memainkan peranan untuk menentukan jarak ketinggian wau dengan pemain. Permainan ini selalu dimainkan oleh golongan yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Permainan ini dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang setelah seharian berada di sawah padi. Permaianan ini lazimnya dimaiankan selepas musim menuai. Menguji tahap kesabaran pemain dan melahirkan sifat cinta akan kebudayaan melayu asli..

Scene 8 (6m 43s)

TING-TING. A group of children playing outside Description automatically generated with medium confidence.

Scene 9 (8m 0s)

BATU SEREMBAN. Permainan batu seremban ini merupakan satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali . Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain dan kebiasaanya dimainkan oleh golongan kanak-kanak perempuan . Permainan Batu Seremban ini juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat . Biasanya menggunakan guli kaca , biji getah , ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat seperti batu. Terdapat juga buah yang diperbuat sendiri daripada kain perca yang dijahit dan diisikan dengan biji Kacang. Bilangan yang biasa digunakan adalah sebanyak lima biji . Tiada had masa untuk bermain permainan ini , hanya bergantung kepada kecekapan dan kepantasan pemain untuk naik ke peringkat seterusnya.

Scene 10 (9m 12s)

GULI. A picture containing outdoor, person, child, ground Description automatically generated.

Scene 11 (10m 3s)

SUSUN SELIPAR. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama . Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis . Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun . Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar . Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada . Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan , maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama . Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut ..

Scene 12 (11m 6s)

KESIMPULAN. Kesimpulannya , permainan tradisional dapat mencipta kenangan indah dan lucu yang menjadi kebanggaan seseorang terhadap kebudayaan nenek moyang mereka yang unik ini . Oleh itu , rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional ini , di mana kita perlu memastikan permainan tradisional tidak hilang ditelan zaman. Jika permainan tradisional ini mula dilupakan , maka warisan nenek moyang kita akan lenyap dan tiada warisan budaya yang perlu dibanggakan lagi . Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna , janganlah kita merindui permainan tradisional jika ia pupus ditelan zaman..