JENAYAH SIBER.
Jenayah siber merujuk kepada jenayah yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan (hardware) untuk mengganggu mangsa.
JENIS-JENIS ANCAMAN DALAM TALIAN.
ANCAMAN DALAM TALIAN. PENIPUAN DALAM TALIAN. PENIPUAN E-DAGANG.
ANCAMAN DALAM TALIAN. PANCING DATA. PENCURIAN IDENTITI.
PENIPUAN DALAM TALIAN. Penjenayah siber menggunakan e- mel , laman web, bilik sembang , dan laman media sosial untuk menghubungi mangsa . Ia sering dilakukan dengan tujuan memujuk mangsa untuk menyerahkan wang mereka ..
Penipuan e- dagang paling ketara adalah transaksi yang berkaitan dengan industri penerbangan , peruncitan , elektronik , penjualan tiket dan lain-lain. Penjenayah menggunakan kaedah seperti memancing data dan mencuri identiti ..
Serangan berniat jahat yang dicapai melalui interaksi manusia . Ia memanipulasi mangsa , mengeksploitasi kepercayaan mereka atau memaksa mereka untuk membuat kesilapan keselamatan atau mendedahkan maklumat sulit seperti butiran perbankan , kata laluan dan data peribadi lain..
PANCING DATA. Mangsa menerima e- mel daripada sumber yang menyamar sebagai organisasi yang sah ( contohnya , bank). E- mel ini biasanya mengandungi lampiran atau pautan berniat jahat . Sejurus selepas lampiran atau pantuan tersebut dibuka oleh mangsa , penjenayah mendapat akses untuk mengawal komputer mangsa ..
Penjenayah siber mencuri maklumat peribadi mangsa seperti nama penuh , tarikh lahir , atau nombor kad kredit untuk melakukan penipuan kewangan atau jenayah lain, seperti memasuki atau meninggalkan sesebuah negara secara haram, penggubahan wang haram dan mengedar dadah . Akibatnya , mangsa kecurian identiti tersebut yang akan menghadapi tindakan undang-undang disebabkan identiti yang telah disalahguna untuk tujuan jenayah ..
Ia sering menyamar sebagai perisian yang sah . Pengguna diperdaya untuk memuat naik dan melancarkan virus ke dalam sistem komputer mereka . Ini membolehkan penjenayah mengintip , mencuri dan menjadikan data peribadi anda sebagai tebusan , serta mengawal sistem komputer anda dari jarak jauh ..
AWAS! ADAKAH PERANTI ANDA MENJADI SASARAN?.