SOLAT JEMAAH.
AHLI KUMPULAN. NAMA NO.MATRIK NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH R01SSK21F002 NURIN AMELIA NAZRIN BINTI ABDULLAH R01SSK21F008 NUR SYUHAIDA BINTI ROZIEN R01SSK21F009 NUR SYAFIQAH IZZATI BINTI ZAINUDIN R01SSK21F013.
— HR Bukhari dan Muslim. " Solat berjemaah itu lebih afdhal ( baik ) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat ".
PENGERTIAN. 01. Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang , atau secara beramai-ramai , dengan diketuai seorang imam..
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum . Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah , manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah , dikenali sebagai masbuq . Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu , solat sunat hari raya , solat Sunat Istisqak , solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir . Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah ..
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH. 02.
1. Berniat mengikut / menjadi imam. 2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. 3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum , kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan penghadang yang sesuai seperti kain . 4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya . 5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang . 6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum , sekurang-kurangnya di takat tumit . Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. 7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zohor , Jumaat, qasar , jamak dan sebagainya . 8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan . Semasa berniat , seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman ( makmum lelaki ), makmumatan ( makmum perempuan ), imaman (imam lelaki ) atau imamatan (imam perempuan ) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan ..
SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM. 03.
Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum . Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. Imam itu sudah mumaiyiz ..
04. CARA-CARA SOLAT JEMAAH.
SEKIAN TERIMA KASIH.