alat kebesaran diraja & perhiasan diri negeri Perak.
Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 14 buah negeri yang membentuk Malaysia. Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia..
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur -Lah Sultan Perak ke-35.
Alat Kebesaran Diraja.
Sundang Keris Panjang. Sundang digunakan untuk memotong dan mencincang dan bukan menikam . Dengan ini cengkamannya adalah berlainan daripada cengkaman keris dan ukuran puratanya ialah 56 sm panjang dan 20 sm lebar di hulunya ..
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas . Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah ..
<3. Sebilah Keris dalam Kumpulan Perkakas Kerajaan Negeri Perak. Keris ini berasal dari Bugis dan namanya diambil daripada nama Istana Raja Bugis ke Tiga , Daeng Upu Tanderi Burong ..
Perhiasan Diri Di-Raja.
Tanjak Di-Raja. Di antara pakaian-pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah TANJAK. Semenjak beberapa kurun lamanya Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai-bagai solek di ulunya , sebagai pakaian kebesaran . Bentuk ikatan ( solek ) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah ke sebuah negeri. Tanjak ini hampir sama dengan Tengkolok ..
Tiara ini yang bertatah dengan permata ialah Perkakas Kebesaran Kerajaan Negeri bagi pakaian Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.
Agok. Sejenis kalong emas dipakai di leher Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri pada masa Istiadat Pertabalan.
Terima Kasih!.