THIS IS YOUR PRESENTATION TITLE

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

MPU 23012 TAJUK: Hak jiran dan tanggungjawab terhadap jiran dalam Islam.

Scene 2 (8s)

2. Pensyarah: Muhd Syahazizamir Bin Sahmat. Nama Ahli Kumpulan No. Pendaftaran Diana Asyura Binti Abu Bakar 20DPM20F2024 2. Fara’Ain Bt Sebli 20DPM20F2064 3. Sharifah Noraiza Nazira Binti Wan Pauzi 20DPM20F2040.

Scene 3 (4m 43s)

PENGENALAN TENTANG BERJIRAN. KEJIRANAN - aspek sosial yang pen­ting dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, harmoni dan sejahtera Amalan hidup berjiran merupakan ajaran Islam yang amat penting. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda..

Scene 4 (6m 1s)

Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)].

Scene 5 (6m 28s)

Hak- Hak Dan Tanggungjawab Terhadap Jiran Dalam Islam.

Scene 6 (8m 48s)

6. Menziarahi dan mendoakan ketika sakit Sekiranya ada jiran kita yang sedang sakit , kita seharusnya menziarahi jiran kita dan membawa buah tangan seperti buah atau kuih muih ketika menziarah. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata: engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” Hadith Riwayat Al-Tirmizi. Jadilah kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada jiran. Moga kita sentiasa berbuat baik dan prihatin kepada jiran tetangga kita..

Scene 7 (9m 52s)

7. Tidak mengamalkan sikap terlalu mengambil tahu hal ehwal jiran Ada juga yang tidak mengambil tahu langsung perihal jiran. Bahkan ada segelintir daripada kita yang tidak tahu nama jiran kita. Walaupun kita dilarang menjaga tepi kain orang lain, namun ada beberapa perkara yang penting harus kita tahu mengenai hak jiran. Kita harus menjaga serta melindungi mereka kerana melindungi mereka yang teraniaya adalah sebahagian daripada amal makruf nahi mungkar. Sikap terlalu mengambil tahu atau pun dikenali sebagai membuka tepi kain orang ini haruslah dielakkan kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada jiran dan juga dapat menimbulkan sifat hasad..

Scene 8 (12m 13s)

8. HAK – HAK & TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN JANGAN MENYAKITI JIRAN tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

Scene 9 (13m 16s)

Terdapat sebuah hadith Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa: وَفِي رِوَايَتٍ لِمُسْلِمِ : لَا يَدْ خُلُ اَلْجَنَّةَ مَنْ لَا يأمَنُ جَارُهُ ئِقَهُ Maksudnya : Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya”.[16].

Scene 10 (13m 52s)

10. HAK – HAK & TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN Imam Al-Ghazali turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya Mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah & bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya.

Scene 11 (14m 11s)

KESIMPULAN. Islam mengharuskan semua jiran untuk saling mencintai, bekerjasama dan berkongsi kesedihan dan kebahagiaan mereka. Mewujudkan hubungan sosial di mana seseorang boleh bergantung antara satu sama yang lain. Seseorang yang tidak mempunyai minat atau kepercayaan antara satu sama lain tidak boleh menjadi muslim sejati..

Scene 12 (14m 53s)

SEKIAN, TERIMA KASIH!. 12.