KEDUDUKAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM ISLAM.
NAMA: SITI NAJWA BINTI MOHD AHID NO. MATRIKS: 1211191 KOD SUBJEK: CTC1012.
MAKSUD KANAK-KANAK DALAM ISLAM. Menurut pandangan Islam, kanak-kanak (al- tifl ) dikaitkan dengan al- sighar iaitu tempoh yang dikaitkan dengan seseorang dari kelahirannya sehingga menempuhi tempoh baligh . Berdasarkan kesepekatan jumhur fuqaha Mazhab Syafie , Hanafi dan Hanbali telah memutuskan umur kanak-kanak baligh apabila berusia 15 tahun . Manakala mangikut Mazhab Maliki, umur baligh kanak-kanak ialah apabila mencapai usia 18 tahun . Oleh itu , penentuan kanak-kanak dalam islam berkait rapat dengan tempoh baligh ..
KEDUDUKAN KANAK-KANAK DALAM ISLAM. Pada zaman jahiliyah , kanak-kanak tidak terbela dengan adanya amalan pembunuhan dan pembuangan kanak-kanak . Setelah tibanya agama Islam, Islam menolak amalan ini sekerasnya dan menetapkan hukum dalam Al-Quran. Firman Allah SWT, 17:31 yang bermaksud “ Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu . Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar .” Ini menunjukkan kanak-kanak terbela dan dilindungi daripada penderaan dan keganasan dengan kewujudan hak-hak asasi mereka ..
PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM ISLAM. NYAWA. AGAMA.
NYAWA Tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan nyawa anak tidak terancam dan mempunyai kehidupan yang sempurna telah tercatat dalam Al-Quran. Firman Allah SWT, 2:233 yang bermaksud “ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya …”.
Ibubapa disarankan agar mendidik kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan agama dan mendidik mereka dengan akhlak Islam.
AKAL. Islam menitikberatkan tentang akal kanak-kanak dalam membentuk fikiran dengan ilmu yang bermanfaat dari aspek Syariah, sains , kebudayaan dan kemajuan agar dapat mencapai kematangan secara intelektual . Oleh itu , kanak-kanak berkemampuan berfikir secara baik di masa hadapan Perlindungan akal ini berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak.
SEKIAN TERIMA KASIH (:.