PERSEPSI BELIA TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI APLIKASI MUDAH ALIH PENGHANTARAN MAKANAN SEMASA PANDEMIK COVID-19.
PENGENALAN. Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian.
Latar Belakang Kajian. Pesanan makanan dalam talian semakin meningkat dalam pasaran Malaysia dari semasa ke semasa. Rakyat Malaysia begitu aktif dalam penggunaan aplikasi untuk memesan makanan dalam talian. Di sebabkan adanya pemasaran makanan dalam talian ini mampu menghasilkan banyak peluang pekerjaan. Ia juga dapat membantu vendor tempatan untuk meningkatkan pendapatan mereka disebabkan dapat berhubung dengan orang ramai. Sistem pesanan dalam talian menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih bagi membolehkan pengguna memesan makanan secara dalam talian dari restoran makanan tersebut memudahkan pengguna seperti membeli-belah dalam talian. Aplikasi teknologi penghantaran makanan ini menggunakan teknologi peranti mudah alih yang mampu memberikan kemudahan kepada pengguna. Pengguna juga dapat menjimatkan masa dan tenaga apabila menggunakan aplikasi teknologi penghantaran makanan ini..
Penyataan Masalah. Selepas isu pandemik yang berlaku pada akhir-akhir ini, terdapat beberapa pengkaji lain yang mengkaji skala penggunaan aplikasi mudah alih penghantaran makanan semasa pandemik Covid-19 ini berlaku. Kajian ini membuktikan aplikasi mudah ahli penghantaran makanan dapat membantu bagi memastikan masyarakat tidak keluar rumah untuk membeli makanan mereka semasa pandemik disebabkan teknologi ini dapat memberikan kemudahan untuk membeli pesanan makanan yang mereka inginkan. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi dan tahap kepuasan penggunaan. Oleh itu, terdapat penyataan masalah kepada penyelidik untuk menentukan sama ada aplikasi mudah alih penghantaran makanan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi ini..
Objektif Kajian. Mengkaji persepsi pengguna terhadap aplikasi mudah alih penghantaran makanan . Menganalisis tahap kepuasan pengguna yang menggunakan aplikasi mudah penghantaran makanan ..
Kepentingan Kajian. Menentukan persepsi yang paling mempengaruhi terhadap kemudahan penggunaan yang menggunakan aplikasi mudah alih penghantaran makanan dan kegunaan aplikasi mudah alih penghantaran makanan yang dapat mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan yang menggunakan aplikasi ini . Penyelidikan ini hanya memfokuskan atas persepsi ini kerana kita perlu mengetahui mana yang boleh memberi lebih banyak faedah kepada syarikat pada masa akan datang Hasil penyelidikan ini berguna untuk syarikat perniagaan . Hasilnya , perusahaan dapat membuat rujukan di masa depan untuk membuat strategi yang lebih baik untuk meningkatkan pasaran serta memfokuskan sasaran mereka ..
KAJIAN LITERATUR. COVID -19 Aplikasi mudah alih penghantaran makanan Persepsi pengguna Tahap kepuasan pengguna.
COVID -19. Pada pertengahan bulan Disember 2019, dunia telah dikejutkan dengan wabak koronavirus yang melanda di bahagian bandar raya Wuhan dan Hubei di negara China pada 11 Mac 2020 yang telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19 telah menjadi perhatian banyak pihak sekaligus menjadi buah mulut dalam segenap lapisan masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Covid-19 kini tidak lagi asing dalam golongan masyarakat Malaysia. Pelan pencegahan penyakit berjangkit ini perlu dipercepatkan dalam menghalang penularan Covid-19 dalam negara ini. Bagi mengekang penularan wabak ini terus berlaku, Perdana Menteri Malaysia YAB iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang kini dilanjutkan kepada fasa keenam mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020..
Aplikasi mudah alih penghantaran makanan. Aplikasi mudah alih penghantaran makanan merujuk kepada aplikasi berasaskan telefon pintar yang digunakan untuk menghubungi restoran, mencari makanan, memesan makanan untuk penghantaran serta menyediakan pembayaran tanpa interaksi fizikal dengan kakitangan restoran (Alalwan, 2020; Okumus & Bilgihan, 2014; Wang et al., 2019). Setelah sekian lama, telefon pintar telah menjadi alat komunikasi yang penting dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia (S. W. Lee et al., 2019). Sehingga 2019, lebih daripada 5 bilion orang di seluruh dunia telah menggunakan peranti mudah alih yang dianggarkan kira-kira separuh daripada mereka menggunakan telefon pintar (Silver, 2019). Peningkatan yang pesat dalam penggunaan telefon pintar dan perkhidmatan rangkaian berkelajuan tinggi telah membolehkan pelbagai perusahaan perniagaan dapat menyampaikan maklumat mereka kepada pengguna dengan lebih cepat dan pantas berbanding sebelum ini (Cho et al., 2019; Dinh et al., 2013; SW Lee et al., 2019; Liu et al., 2017)..
Persepsi pengguna. Persepsi ialah proses di mana pengguna memilih, mengatur, dan mentafsir maklumat input untuk mencipta gambaran yang bermakna tentang apa yang mereka inginkan. Sementara itu, menurut Wade dan Tarvis (2015: 193) bahawa persepsi adalah satu set tindakan fikiran yang mengawal impuls deria ke dalam otak untuk mentafsirkan sesuatu yang bermakna. Kepentingan persepsi terhadap teknologi aplikasi mudah alih penghantaran makanan adalah untuk mengenal pasti kemahuan dan niat pembelian pelanggan . Sebagai contoh dari kajian lepas yang menunjukkan persepsi pengguna tentang ketersediaan makanan yang sihat dalam aplikasi mudah alih penghantaran makanan ..
Tahap kepuasan pengguna. Mengutamakan kepuasan pelanggan merupakan konsep pemasaran yang selalu mendapat perhatian, secara langsung memberi kesan keuntungan kepada perniagaan serta meningkatkan kepuasan pengguna (Cho et al., 2006; Lee, 2000; Kim & Oh, 2002). Kepuasan pelanggan ditakrifkan sama ada berdasarkan pengalaman penggunaan atau dengan memberi tumpuan kepada proses penilaian. Hellier et al. (2003) mendefinisikan kepuasan pelanggan sebagai tahap keseluruhan yang dirasakan oleh pengguna. Oleh itu, Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian mempunyai peranan penting dan utama dalam memastikan kepuasan pelanggan..
METODOLOGI. Kaedah kuantitatif – soalan ini diedarkan kepada orang ramai yang di edarkan melalui google form Sebanyak 100 soal selidik yang telah di kumpulkan melalui google form Sumber data sekunder – Laman web, akhbar,dan jurnal artikal Sekala yang digunakan –.
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Profil responden Objektif pertama mengkaji persepsi pengguna terhadap aplikasi mudah alih penghantaran makanan Objektif kedua menganalisis tahap kepuasan pengguna yang menggunakan aplikasi mudah penghantaran makanan.
Profil responden. Chart, pie chart Description automatically generated.
Objektif Pertama Mengkaji Persepsi Pengguna Terhadap Aplikasi Mudah Alih Penghantaran Makanan.
Objektif Pertama Mengkaji Persepsi Pengguna Terhadap Aplikasi Mudah Alih Penghantaran Makanan.
Objektif Kedua Menganalisis Tahap Kepuasan Pengguna Yang Menggunakan Aplikasi Mudah Penghantaran Makanan.
Chart, waterfall chart Description automatically generated.
kesimpulan. Penggunaan aplikasi mudah alih penghantaran makanan menjadi norma baharu kepada masyarakat selain daripada pembelian secara terus di restoran-restoran berdekatan . Dengan kewujudan aplikasi ini telah memberi kesan yang mendalam dalam perubahan kehidupan seharian pengguna . Aplikasi mudah alih penghantaran makanan telah menjadi platfom untuk memudahkan dan membantu mempercepatkan penghantaran makanan ke satu-satu tempat . Perubahan ini memberikan impak positif dan mempengaruhi pengurusan masa individu yang menggunakannya ..
Sekian tErima kasih. RAHIM BIN SYARIFUDDIN (262733).