17) h i. . TAJUK: Peruntukan Perlembagaan Yang Menjadi Tolak Ansur Antara Orang Melayu Dengan Bukan Melayu.
PENGENALAN. Perlembagaan merujuk kepada undang-undang tertinggi dalam sesebuah Negara yang telah diluluskan oleh parlimen atau badan perundangan yang tertinggi di dalam sesebuah Negara. Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti Hak Asasi,Kewarganegaraan,Hak Istimewa Orang Melayu,Agama dan Bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak..
Unsur - Unsur Tradisi Dan Perlembangan.
UNSUR – UNSUR TRADISI DAN PERLEMBANGAN. Sebelum perlembagaan persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaanya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malayan Union 1946. Walaubagaimanapun Malayan Union telah mendapat tentangan daripada penduduk orang melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Bagi memenuhi tuntutan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, Hak keistimewaan orang Melayu ,Agama dan Bahasa..
Kepentingan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia mengikut konteks hubungan etnik ialah menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran. Selain itu, Jaminan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau tidak langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia..
PERKARA PERUNTUKAN :. Bahasa Melayu Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kedudukan bahasa Melayu telah ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa bahasa Melayu hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Dengan maksud lain, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA DAN HAK KAUM-KAUM LAIN. Hak istimewa orang melayu merujuk kepada 3 perkara utama : -Perkhidmatan awam -Ekomoni -Pendidikan Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 160 perlembagaan persekutuan mentakrifkan orang melayu sebagai seorang yang beragama islam , bertutur menggunakan bahasa melayu , mengamalkan adat budaya melayu dan seseorang itu telah bermastautin di Tanah melayu atau Singapura pada hari merdeka..
Agama Islam Perkara 3 perlembagaan persekutuan memaktubkan agama islam merupakan sebagai agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni. Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu. Kewarganegaraan Kewarganegaraan merupakan kesetiaan yang ditunjukkan kepada sesebuah negara, bandar, daerah dan negeri dan rela menerima segala peranan dan kewajipan yang harus dilaksanakan.Secara umumnya seseorang boleh mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang atau pendaftaran. HAK KEWARGANEGARAAN Kuatkuasa undang-undang pendaftaran permohonan kemasukan pencantuman wilayah.
peruntukan-utama-dalam-perlembagaan-13-638.
peruntukan-utama-dalam-perlembagaan-12-638.
Hak asasi Hak asasi mempunyai 9 peruntukkan . Antaranya ialah kebebasan diri , kesamarataan , kebebasan bercakap atau hak terhadap harta.Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan indivu kecuali atas faktor keselamatan , kesihatan awam dan hukuman. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..
> <. > <. KESIMPULAN. . . Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera, kita tidak seharusnya menjadi rakyat yang sangat sombong dan ego dengan pencapaian yang telah kita capai dan miliki sekarang. Kita melihat Negara lain seperti Darfur, Iraq dan Aganistan yang berperang dan hampir tergadai Negara sendiri. Dan jangan kerana perkara kecil ini, kita juga akan merasai kehidupan di dalam keadaan perang. Banyak perkara yang lebih penting patut kita kisahkan seperti isu kepanasan global yang makin meruncing ataupun globalisasi yang telah menghakis budaya bangsa Malaysia. Perkara begini lebih patut kita risaukan kerana ia mampu untuk menggugat kestabilan dan keharmonian Negara Malaysia jika ia tidak dibendung..
> <. > <. SENARAI RUJUKAN. abstract. abstract.
Thank You. . abstract. abstract. .