THEME: GLOBAL ISSUES IN FACING HUMANITARIAN CRISIS: THE CHALLENGES AND PLAN OF ACTION 22 & 23 JUNE 2022 • WED & THURS • ONLINE CONFERENCE INTERNATIONAL CONFERENCF. ON SOCIAL SCIENCE AND HUMANITIES Organised PILAT PENGA'AN rtRAS J •.cvERstn Co.Organisers: 4 UP-NM ANTASARI KVJSCEVL.
KANDUNGAN. Pendahuluan Permasalahan Kajian Objektif Kajian Kerangka Konseptual Kajian Metodologi Kajian Dapatan Kajian Kesimpulan.
PENDAHULUAN. Modal sosial secara umumnya ditakrifkan sebagai rangkaian perhubungan yang dibentuk berasaskan kepercayaan , interaksi dua hala dan mendalam . Modal sosial adalah amat penting kepada individu dan masyarakat . Konsep ini telah dikaitkan juga dengan kesepaduan sosial , sokongan sosial , integrasi sosial atau masyarakat sivil ( Abbott S. 2008; Szreter S. & Woolcock M. 2004). Perspektif individu , modal sosial merupakan salah satu penentu kepada hasil kesihatan ( kesejahteraan belia , kesihatan mental) ( Szreter S. & Woolcock M. 2004). Perspektif masyarakat , modal sosial terbukti sebagai aset untuk memperkasa dan menggerakkan masyarakat dan ahlinya ( Imbulana Arachchi J. & Managi S. 2021; Wang W. et al . 2019 ). Peranan modal sosial juga penting apabila negara menghadapi bencana atau malapetaka ( Hikichi H. et al . 2017 )..
PERMASALAHAN KAJIAN. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberikan pelbagai impak dalam kehidupan seharian masyarakat . Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga telah menyebabkan perubahan yang ketara terhadap modal sosial dalam kalangan belia seperti penyertaan sosial dan komunikasi interpersonal. Walaupun Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022, wujud kebimbangan bahawa modal sosial belia mungkin telah terjejas dan berubah . Perubahan ini mungkin negatif kerana beberapa faktor , seperti tindak balas yang berlebihan terhadap PKP dan status psikologi yang lemah akan menjejaskan perhubungan atau modal sosial ( Chaturvedi K., Vishwakarma D.K & Singh N. 2021; Corvo E. & De Caro W. 2020; Mamun M.A. et al. 2021). Kesan daripada pandemik Covid-19 ke atas modal sosial belia masih belum diterokai di Malaysia..
OBJEKTIF KAJIAN. Mengenal pasti tahap modal sosial berdasarkan komponen individu , keluarga , komuniti dan masyarakat ..
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN. Modal Sosial Individu Keluarga Komuniti Masyarakat.
METODOLOGI KAJIAN. Kuantitatif-Reka bentuk keratan rentas Populasi-semua belia di Selangor tahun 2022: 15-30 tahun Teknik pensampelan bola salji digunakan Sampel kajian sebanyak 568 orang ( Jadual Krejcie & Morgan, 1970: 384). Kaedah analisis : Statistik deskriptif Penggunaan borang soal selidik digunakan melalui aplikasi Google Form Instrumen kajian diadaptasi berdasarkan kajian oleh Bin Yu et al. (2021).
PROFIL RESPONDEN. Lelaki Perempuan 32.74647887323944 67.25352112676056.
TAHAP MODAL SOSIAL. KOMPONEN BIL. ITEM MIN (PURATA) INDIVIDU 1. Saya mempunyai ramai kenalan rapat. 3.18 2. Saya berinteraksi dengan orang lain selain ahli keluarga. 2.70 3. Saya mempercayai dengan orang yang berinteraksi dengan saya. 3.21 4. Saya menerima sokongan emosi daripada rakan-rakan. 3.32 5. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekelas. 3.36 KELUARGA 1. Saya tinggal bersama ahli keluarga . 4.48 2. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga (ibu bapa/adik beradik). 4.33 3. Saya menerima sokongan kewangan daripada ahli keluarga. 4.25.
TAHAP MODAL SOSIAL. KOMPONEN BIL. ITEM MIN (PURATA) KOMUNITI 1. Saya menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi komuniti. 2.76 2. Saya menerima sokongan daripada organisasi dalam komuniti ini. 2.85 3. Saya menerima sokongan emosi daripada tenaga pengajar. 3.17 4. Saya mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam komuniti ini. 3.39 5. Saya mempercayai orang yang tinggal dalam komuniti ini. 3.13 MASYARAKAT 1. Saya mempercayai organisasi kesihatan yang ada. 4.22 2. Saya menyokong kenyataan bahawa orang berbakat diiktiraf dalam masyarakat. 4.05.
KESIMPULAN. Tahap modal sosial bagi komponen individu dan komuniti lebih rendah berbanding komponen keluarga dan masyarakat . Kesan pandemik Covid-19 menyebabkan penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka masih diamalkan sehingga menjejaskan hubungan sosial dalam diri mereka . PKP yang dilaksanakan telah merapatkan hubungan sosial dalam keluarga dan pandangan positif terhadap masyarakat . Pengurusan pandemik Covid-19 oleh kerajaan Malaysia menampakkan kesan positif terhadap pandangan belia dengan mempercayai Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak ini ..
SEKIAN, TERIMA KASIH.