Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan strategi dan kaedah pengajaran masa kini untuk menangani perbezaan individu murid..
01. STRATEGI. STRATEGI PEMUSATAN BAHAN (KIT PERSEMBAHAN) [KOTAK MISTERI].
Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Dengan menggunakan strategi ini , guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah , menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran ..
02. Kaedah Pengajaran masa kini. Kaedah Blended Learning.
Blended Learning bermaksud kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media digital. Dengan lain perkataan , B lended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah . Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja , maka guru tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini . Hal demikian kerana pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ..
Strategi Pemusatan Bahan. Kaedah Blended Learning.
Strategi Pemusatan Bahan. Kaedah Blended Learning.
Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kit persembahan yang telah dihasilkan dalam kursus major..
Masa Perancangan Aktiviti PdP (Guru) Perancangan Aktiviti PdP (Murid) 10 minit 1.Guru tayangan video di kelas menggunakan Komputer dan LCD . 2.Guru mengadakan sesi jawab dengan bertanyakan murid tentang aspek yang terdapat dalam video yang ditayangan 4.Guru memberikan penerangan tentang kandungan video seperti perkara penting yang telah ditekankan dalam video. 5. Guru mengaitkan kandungan video dengan tajuk pelajaran hari ini iaiatu jenis ayat dan penanda wacana . 1. Murid memerhatikan video yang ditayankan oleh guru secara teliti . 2. Murid menyenaraikan aspek yang terdapat dalam video. 3. Murid memberikan respon terhadap soalan dan arahan yang diberikan oleh guru..
Masa Perancangan Aktiviti PdP (Guru) Perancangan Aktiviti PdP (Murid) 10 minit 1. Guru menyediakan kotak misteri yang mengandungi jenis-jenis ayat , penanda wacana serta tajuk penulisan teks . 2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan . 3.Guru meminta murid untuk meletakkan tangan ke dalam kotak misteri serta mengambil dua jenis kertas warna manakala ketua kumpulan mengambil tiga jenis kertas warna . 4. Guru meminta murid untuk membincangkan tajuk penulisan teks secara berkumpulan . 1. Murid diminta untuk meletakkan tangan ke dalam kotak misteri dan mereka hanya mengambil dua jenis kerta warna manakala ketua kumpulan mengambil tiga jenis kertas warna . 2. Murid diminta untuk membincangkan tajuk penulisan teks secara berkumpulan ..
Masa Perancangan Aktiviti PdP (Guru) Perancangan Aktiviti PdP (Murid) 5 minit 1.Guru meminta murid untuk menuliskan ayat secara individu mengikut tajuk penulisan teks dengan menggunakan jenis ayat dan penanda wacana yang dapat semasa mengambil dalam kotak misteri . 1. Murid diminta untuk membina ayat secara individu dengan menggunakan tajuk penulisan teks , jenis ayat , serta penanda wacana yang mereka dapat semasa mengambil dalam kotak misteri ..
Masa Perancangan Aktiviti PdP (Guru) Perancangan Aktiviti PdP (Murid) 5 minit 1. Guru membimbing murid merumus pelajaran hari ini dengan menanyakan murid soalan-soalan mengenai jenis ayat dan penanda wacana . 2.Guru membuat rumusan pelajaran bersama murid dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari . 3. Guru meminta murid untuk membaca nota di E -learning bagi kelas seterusnya . 1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru berkenan jenis ayat dan penanda wacana . 2. Murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari di bawah bimbangan guru..
SCDAMGAT—. V?ATRTOTIK). KIT PERSEMBAHAN (KOTAK MISTERI).
SEKIAN TERIMA KASIH.