PENDEKATAN KESUKARELAWANAN

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

PENDEKATAN KESUKARELAWANAN.

Scene 2 (5s)

PENDEKATAN KESUKARELAWANAN. Kesukerelawan merupakan salah satu strategi dalam pendekatan menjaga kebajikan sosial untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat . Secara umumnya terdapat 4 pendekatan utama dalam menjaga kebajikan sosial dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat : Pendekatan pembangunan sosial Pendekatan pentadbiran sosial Pendekatan kerja sosial Pendekatan derma sosial.

Scene 3 (20s)

PENDEKATAN PEMBANGUNAN SOSIAL. Pendekatan ini merupakan strategi untuk mempromosi kesejahteraan manusia melalui kerjasama antara kerajaan dan NGO dalam melaksana tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi bagi mengurangkan masalah kemiskinan. Cuba menghubungkan aspek sosial dan ekonomi dalam proses pembangunan masyarakat. Tumpuan utama pendekatan ini ialah terhadap aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan penyediaan peluang sosial..

Scene 4 (37s)

PENDEKATAN PENTADBIRAN SOSIAL. Memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan terhadap masalah sosial melalui pembentukan program sosial Dua strategi utama pentadbiran sosial: Dasar sosial Perkhidmatan sosial.

Scene 5 (48s)

Dasar Sosial. Strategi dasar sosial mementingkan perubahan situasi, sistem, amalan dan tingkah laku setiap individu dalam masyarakat. Dasar sosial dilihat sebagai rancangan dan panduan untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan program kesejahteraan sosial dan perkhidmatan sosial. Titmuss (1974) melihat dasar sosial sebagai prinsip-prinsip yang mengatur tindakan yang mengarah kepada pencapaian matlamat sosial tertentu..

Scene 6 (1m 5s)

Perkhidmatan Sosial. Perkhidmatan sosial merupakan bantuan yang ditujukan terus kepada individu ataupun orang ramai melalui kegiatan yang terancang atau intervensi kes. Bertujuan untuk memenuhi sumber-sumber yang diperlukan dalam menolong orang ramai meningkatkan kemampuan sosial, mengubah identiti dan kelakuan serta melengkapi atau mengganti fungsi-fungsi institusi sosial..

Scene 7 (1m 21s)

PENDEKATAN KERJA SOSIAL. Kerja sosial merupakan seni, sains dan profesion yang menggunakan kemahiran tertentu dalam membantu manusia menyelesaikan masalah. Terdapat tiga kaedah utama kerja sosial: 1. Kerja kes 2. Kerja kelompok 3. Kerja komuniti/organisasi komuniti.

Scene 8 (1m 35s)

PENDEKATAN DERMA SOSIAL. Berkait dengan pemberian, kesukarelaan dan peranan NGO dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan Berkembang daripada kegiatan amal individu kepada individu, organisasi perkhidmatan khas kepada golongan tertentu dan organisasi amal peringkat dunia. Merupakan pendekatan yang berkait secara langsung dengan aktiviti kesukarelawanan.

Scene 9 (1m 50s)

Samb... Berasaskan nilai dan ajaran agama Ajaran Islam sangat menggalakan melakukan sesuatu kebaikan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hanya kerana Allah s.w.t Semua kebaikan yang diperintah untuk dilakukan adalah bertunjangkan kepada kesukarelawan Daripada sebelum tidur hingga bangun tidur seseorang perlu melakukan kebaikan termasuk bekerja dan menjalankan tugas yang lain yang semuanya diisi dengan semangat kesukarelawanan Cth: hendak tidur dan bangun tidur baca doa, mimpi baik atau buruk baca doa, hendak masuk dan keluar tandas baca doa, dll..

Scene 10 (2m 13s)

Samb ... Dalam Islam, perkara ini disebut dengan jelas dalam surah Saba’ ayat ke 39 yang ber,aksud : katakanlah ( wahai Muhammad): “ sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezekibagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya , dan Dia juga yang akan menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki ” Dalam falsafah dan tradisi Confucianisme dan Buddha, ajaran kedua-duanya telah memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam melakukan amalan-amalan mulia , memberi dan berkongsi antara satu sama lain untuk manfaat bersamaserta memberi sokongan kolektif untuk merapatkan hubungan persaudaran dan masyarakat.

Scene 11 (2m 40s)

Samb... Pertubuhan amal sukarela merupakan sektor yang utama dalam memenuhi keseluruhan keperluan masyarakat namun cenderung kepada orientasi bisnes dalam proses mendapatkan dana daripada orang ramai Pendekatan ini ditakrifkan sebagai perbuatan menyayangi orang lain dan memberi bantuan untuk mereka yang memerlukan Ia juga dikenali sebagai tindakan sukarela dan pemberian sukarela ..

Scene 12 (2m 55s)

Samb …. Juga merujuk kepada sumbangan berbentuk kewangan atau bukan kewangan oleh individu , sektor korporat , penyumbang luar dan organisasi antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan untuk bantuan kemanusiaan dan pembangunan , hak asasi manusia , perlindungan alam sekitar , pembangunan masyarakat , pembangunan budaya dan saintifik , perlucutan senjata dan keamanan.

Scene 13 (3m 11s)

Samb ... Matlamat pendekatan ini adalah untuk : Mengurus / menyelesaikan masalah sosial Memenuhi keperluan sosial dan kemanusiaan Menyediakan peluang-peluang sosial kepada masyarakat.

Scene 14 (3m 22s)

Pengurusan / Kawalan Masalah Sosial. Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, ia bukan hanya mencakupi masalah kemasyarakatan ( society problems ) tetapi juga masalah yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat ( ameliorative or social problem )..

Scene 15 (3m 36s)

Samb... Masalah adalah sesuatu perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan dan memerlukan penyelesaian. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat..

Scene 16 (3m 50s)

Samb... Masalah sosial sering dikaitkan dengan keadaan sosial tertentu seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah dan fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada mengecapi potensi maksima mereka (Eitzen,1984) dan ketidakseimbangan dalam masyarakat sehingga unit tersebut mengklasifikasikan individu sebagai devian (Becker, 1967)..

Scene 17 (4m 5s)

Samb... Masalah sosial dapatlah ditafsirkan sebagai keadaan yang tidak digemari oleh orang ramai dan perlu dibasmi, diselesaikan atau diperbaiki melalui tindakan bersama oleh anggota-anggota masyarakat. Oleh itu, masalah sosial dilihat mempunyai dua unsur utama iaitu tingkah laku yang menentang atau menyimpang dan norma-norma masyarakat..

Scene 18 (4m 20s)

Pemenuhan Keperluan Sosial / Hidup. Istilah keperluan mempunyai berbagai-bagai pengertian dan dimensi. Dalam pengertian biasa, perkataan keperluan adalah merujuk kepada perkara yang dikehendaki untuk kesihatan atau kehidupan seseorang.

Scene 19 (4m 32s)

Samb... Dalam teori personaliti, keperluan merujuk kepada apa yang dikehendaki oleh seseorang dengan cukup secara tetap dan berpanjangan bagi membentuk personaliti pada masa depan Keperluan juga boleh difahami secara umum seperti yang dijelaskan dalam hierarki keperluan Maslow yang bermula dengan: keperluan fisiologi Keperluan keselamatan Keperluan kasih sayang Keperluan penghargaan diri Keperluan pencapaian kendiri.

Scene 20 (4m 49s)

Penyediaan Peluang Sosial. Kebajikan sosial wujud dalam komuniti yang mempunyai peluang sosial untuk orang ramai meningkatkan dan merealisasikan potensi mereka. Ketiadaan peluang sosial merupakan sebab utama kepada ketidakadilan yang berlaku dalam komuniti. Kewujudan peluang sosial merupakan faktor pemudah kepada berlakunya mobiliti sosial. Peluang sosial yang berkait rapat dengan mobiliti sosial adalah pendidikan, pekerjaan dan pendapatan.