KEWAJIPAN DAN HAK KEMANUSIAAN MELALUI METAFIZIK KEAGAMAAN.
AHLI KUMPULAN. PHOTO-2022-01-24-17-12-35-removebg-preview.
DEFINISI. Berasal daripada perkataan WAJIB Ilmu Fiqh – sesuatu yang harus dikerjakan , apabila dikerjakan mendapat pahala manakala mendapat dosa jika ditinggalkan Ilmu Tauhid - sesuatu yang pasti benar adanya Ilmu Akhlak – suatu perbuatan yang harus dikerjakan kerana perbuatan itu dianggap baik dan benar Kewajipan – sesuatu tindakan yang harus dilakukan oleh setiap manusia dalam memenuhi hubungan sebagai makhluk individu , sosial dan Tuhan.
HAK DAHULU? KEWAJIPAN DAHULU?.
KEWAJIPAN DAHULU DISUSURI HAK. Islam adalah agama yang mengajarkan kepada para pemeluknya untuk dahulukan kewajipan dan menuntuk hak ..
Surah Adz Zhariyat ayat 56.
Maksud ayat Adz Dzariyat 56. Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu ..
SURAH BERKAITAN DENGAN KEWAJIPAN. Surah A1 Baqarah Ayat 43 Artinya: "Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk." muslimterkini.com.
Surah Al Imran ayat 97.
MAKSUDNYA. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya ; di antaranya ialah ) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya . Dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Kewajipan dahulu.
Maksud Surah An Nahl ayat 97. Barangsiapa mengerjakan kebajikan , baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman , maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
Surah Al Baqarah Ayat 177. 49 4-3 4-57.
MAKSUDNYA. Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat , tetapi kebajikan itu ialah ( kebajikan ) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir , malaikat-malaikat , kitab-kitab, dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat , anak yatim , orang-orang miskin , orang-orang yang dalam perjalanan ( musafir ), peminta-minta , dan untuk memerdekakan hamba sahaya , yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji , dan orang yang sabar dalam kemelaratan , penderitaan dan pada masa peperangan . Mereka itulah orang-orang yang benar , dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa ..
KENAPA MANUSIA TERLALU TERUJA DENGAN HAK MANUSIA?.
PEMIKIRAN MANUSIA YANG KERAP (PLURALISME ATAU SEKULARISME) DAN SEIRING MEMPERJUANGAN HAK MEREKA SENDIRI.
DEFINISI PLURALISME. Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai . Antara fahaman ini adalah : Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran , atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut . Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman . Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza ..
DEFINISI SEKULARISME. Seorang Muslim sekular selalunya lebih cenderung kepada demokrasi sekular moden dan memisahkan agama dan negara, dan ini bertentangan dengan fahaman Islam sebagai gerakan politik . Terdapat banyak bangsa dan negara yang sekular walaupun tinggal di sebuah negara Islam, atau sebaliknya (negara sekular dengan penduduk Muslim yang alim). Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi . Sekularisme menolak peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme mendakwa bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini ..
SEJARAH SEKULARISME. Sekularisme telah muncul di Eropah bermula di Itali pada abad pertengahan Masihi . Abad ini merupakan detik yang banyak membawa perubahan terhadap perkembangan tamadun Eropah di dalam pelbagai aspek . Kelahiran sekularisme di saat berlakunya perubahan ke atas pembaharuan semula ini sememangnya telah diramalkan oleh beberapa orang cerdik pandai dan ahli falsafah Francis Auguste Comte, salah seorang ahli falsafah sosiologi abad pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu percambahan ilmu dan keruntuhan agama. Manakala seorang penyair German, Fredrich Nietzsche telah meramalkan bahawa di dunia Barat “ Tuhan telah mati “. Oleh kerana berlakunya perubahan suasana ini yang telah diyakini oleh para cendikiawan barat pada masa itu , mereka mula merasakan bahawa umat Kristian tidak akan dapat melarikan diri dari krisis agama yang akan timbul kesan daripada sekularisme ..
SEJARAH SEKULARISME. Sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang mencabar masyarakat mereka ini , maka terdapat di kalangan mereka telah cuba untuk mencari jalan bagi menyesuaikan agama Kristian dengan fahaman sekular yang akan melanda mereka . Akhirnya mereka mendakwa bahawa sekularisme sememangnya telah ada dalam kepercayaan kitab Injil dan merupakan salah satu daripada ajaran kitab Injil itu sendiri . 5 Detik merupakan titik pertama lahirnya sekularisme . Pelakuan para cerdik pandai Eropah ini jelas menunjukkan sikap mereka yang sekular sebelum arus sekularisasi yang sebenar menimpa mereka dengan mengetepikan soal maruah agama mereka untuk menyesuaikan agama dengan keadaan yang berlaku sehingga agama telah diselewengkan oleh mereka ..
SEJARAH SEKULARISME. Ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk ke Malaysia apabila British memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan pemerintahan dan pentadbiran negara daripada penguasaan sultan atau raja. Sultan atau raja diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana manakala residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri. Dari sinilah , amalan fahaman sekularisme mula menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Sehingga ke hari ini , dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan antara dua kuasa legislatif dan eksekutif , pentadbiran dan urusan raja-raja, yang hanya diperuntukkan kuasa dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu . Begitu dalam aspek-aspek lain unsur sekularisme ini jelas kelihatan.
PEMIKIRAN MANUSIA ZAMAN. Tidak peduli dengan keagamaan Hak asasi manusia sebagai landasan hukum Syarat ekonomi Sekularisme sebagai budaya Pendidikan Media massa Hubungan interaksi antara lelaki dan perempuan.
BAGAIMANA METAFIZIK KEAGAMAAN MENDIDIK MANUSIA?.
MAQASID SYARIAH. PRINSIP MENJAGA AGAMA.
MAQASI SYARIAH. PRINSIP MENJAGA NYAWA.
MAQASID SYARIAH. PRINSIP MENJAGA KESELAMATN AKAL.
MAQASID SYARIAH. PRINSIP MENJAGA KETURUNAN.
MAQASID SYARIAH. PRINSIP MENJAGA KESELAMATAN HARTA.
Pengetahuan penting kerana metafizik keagamaan bukan sekadar pengetahuan ilmu falsafah dan konsep kehidupan namun merangkumi hak kemanusiaan.