pengenalan

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Scene 2 (3s)

Jur 102 KUMPULAN-ICT 2022. BERTAJUK: PENGARUH ICT MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAT MALAYSIA.

Scene 3 (8s)

KUMPULAN ICT 2022 TERDIRI DARIPADA:. NUR FARHANA CHENDAN JK/14036/21.

Scene 4 (15s)

Indah berbalam si awan petang , Berarak di celah pepohon ara , Pemanis kalam selamat datang , Awal bismillah pembuka bicara ..

Scene 5 (18s)

Tanpa melengahkan masa,terimalah perbentangan kumpulan ICT 2022.

Scene 7 (7m 57s)

ict cara mudah menyelesaikan masalah. Melalui ICT kita dapat mengenal pasti punca masalah dapat dikenal pasti dengan lebih cepat dan pantas,Kesannya pengguna mempunyai lebih masa untuk mencari penyelesaian masalah daripada mengambil masa yang terlalu lama Kemampuan ini boleh dilakukan menggunakan kemahiran sendiri atau melalui bantuan seperti perisian yang banyak dibangunkan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan pantas dan menjimatkan masa..

Scene 8 (9m 2s)

memindahkan maklumat dengan pantas dan selamat. Pemindahan maklumat dan data juga dapat dilakukan dengan pantas dan selamat terutama dengan menggunakan alam maya . Pada zaman dulu,maklumat dicetak melalui salinan kertas yang perlu di cetak dan dibawa secara fizikal bersama-sama.Seiring kemajuan teknologi pada masa kini,pengenalan kepada simpanan data secara maya dalam storan maya seperti google drive,dropbox,onedrive merupakan satu alternatif yang membolehkan maklumat diakses di mana-mana tanpa perlu membawa ‘ pendrive ’ atau salinan kertas lagi ..

Scene 9 (9m 46s)

Menerokai penyelesaian alternatif hasil perkongsian Bersama.

Scene 10 (10m 33s)

Penggunaan mykad secara atas talian. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini.Sebagai contoh,pengunaan Mykad yang mempunyai potensi besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam . Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila memiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi , maklumat saman dan sebagainya.Fungsi Mykad yang semakin meluas akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan jaringan internet di Malaysia, maka wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang.

Scene 11 (11m 43s)

Impak NEGATIf ICT KEPADA ETIKA DAN PERADABAN. Perkembangan Teknologi Dan Komunikasi Maklumat (ICT) bukan sahaja memberikan kesan – kesan positif kepada masyarakat . Ada juga kesan-kesan negatif yang timbul seiring dengan peningkatan penggunaan dan perkembangan ICT ini . Antara kesan-kesan negatif ialah masyarakat terlalu mudah mendapatkan akses untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral . Antara laman sesawang yang tidak seharusnya dilayari ialah pornografi . Jika dilihat apa-apa aplikasi samada Youtube mahupun Instagram dibuka akan terdapat iklan-iklan yang menawarkan pautan ke laman sesawang yang memaparkan gambar-gambar yang tidak bermoral ini . Ini merupakan salah satu cara pengiklanan yang membawa kepada permasalahan ketagihan pornografi . Dengan sekali klik , generasi muda yang kurang diberikan didikan agama akan mudah terpaut malah menjadi ketagih untuk melihat lagi gambar-gambar lain dan seterusnya terjerumus ke ketagihan pornografi ..

Scene 12 (12m 45s)

Love scammers. Dari Facebook, Instagram, Youtube ataupun Tiktok kesemua aplikasi ini memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai . Pengikut dan penonton ini juga bukan hanya tertumpu kepada rakan-rakan rapat atau dari kalangan mereka yang dikenali sahaja , Sesiapa sahaja walau berada di seluruh dunia boleh diundang dan mengundang untuk dijadikan rakan . Love scammers atau penipu cinta ini akan mengambil peluang sebegini untuk cuba mendekati pengguna-pengguna aplikasi ini . Dari menjadi seorang kawan untuk menambah kenalan malah bertukar menjadi pasangan di alam maya . Penipuan ini akan melibatkan perasaan cinta dan seterusnya pinjam meminjam wang atas dasar sayang dan simpati . Ramai generasi kini tidak kira muda atau tua telah menjadi mangsa penipuan cinta ini ..

Scene 13 (13m 40s)

kebocoran data peribadi perbankan kepada orang yang tidak dikenali.

Scene 14 (14m 24s)

Generasi kurang aktif dan kurang berinteraksi dengan orang sekeliling.

Scene 15 (16m 11s)

Penyebaran berita atau maklumat palsu. Penyebaran berita atau maklumat palsu semakin berleluasa pada masa kini,berpunca dari pelbagai plaform media sosial seperti facebook,whatsapp,Instagram,tiktok yang mudah dilayari tanpa sempadan yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita.Jika dilihat pada hari ini masyarakat kita berlumba-lumba dan ingin menjadi orang pertama menyebarkan berita sensasi tanpa menyemak dahulu kesahihan fakta atau berita . Maklumat palsu yang diterima oleh masyarakat selalunya sering memanipulasi yang boleh mendatangkan keliruan,perasaan tidak puas hati,marah,takut,tertekan yang akan menjadi punca perbalahan dalam masyarakat kerana mereka sukar untuk membezakan fakta atau auta daripada maklumat yang diterima . Sebagai contoh,pihak kerajaan kita Malaysia sedaya upaya menyeru masyarakat untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin untuk mencegah penularan pandemik Covid-19,Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan keburukan dan kesan vaksin masyarakat . Hal ini menjejaskan ketenteraman puluhan ribu rakyat Malaysia yang tidak hadir temujanji mendapatkan vaksin ..

Scene 16 (17m 35s)

Ketagihan ICT. Melayari Internet boleh menyebabkan ketagihan ekstrem kepada masyarakat kita terutamanya kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja . Minat masyarakat ini terhadap ICT terutamanya teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber cafe dan telefon pintar.Ketaksuban dan kegilaan anak remaja ini adalah tamparan dan cabaran kepada ibubapa mereka . Ramai pelajar yang ponteng sekolah , menyalahgunakan wang saku , meminjam wang teman sehingga ada yang sanggup menipu dan mencuri sehingga mengabaikan pelajaran mereka . Terdapat juga Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja . Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi ..

Scene 17 (18m 39s)

Menghabiskan masa melayari ict. Mereka juga turut mengalami desakan jiwa , mental dan emosi untuk mengekalkan keseronokan melayari internet. Demi mengekalkan keseronokan melayari berinternet , mereka akhirnya makin terdesak dan ingin memanjangkan tempoh waktu dalam talian,yang pada akhirnya menambahkan lagi kesukaran mereka untuk berpaling atau berhenti melayari internet kerana faktor keseronokan . Ini adalah video impak dari ketagihan bermain permainan online tanpa berehat ..

Scene 18 (19m 20s)

SALAH SATU KESAN BURUK PENGUNAAN ICT TERUTAMANYA TELEFON PINTAR SECARA BERLEBIHAN.

Scene 19 (19m 39s)

Kesimpulan. Sebagai seorang individu,kita haruslah menggunakan internet denagn rasional dan bijak menguruskan masa untuk melayari internet.Jika ada berita yang kita tidak pasti jangan kongsi di laman media sosial.Kita juga haruslah mendekatkan diri dengan pengajaran agama kerana ini berupaya unruk menjaga kemuliaan diri dan menjauhi diri dari melayari sesawang yang tidak senonoh . Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkaitan dengan penyalahgunaan inetrnet seperti kempen Penggunaan ict secara Positif.Selain itu,kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang penggunaan internet dan mendedahkan kepada masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah komputer 1997 dan akta multimedia 1998. Sebagai Ibubapa , mereka haruslah menghadkan masa anak-anak melayari internet dan menukar setting dilaman web google atau intenet explorer kepada kawalan ibubapa supaya menghadkan lawan web yang boleh dilayari anak-anak bawah umur . Pihak sekolah boleh membuat pemantauan dengan memberi pengajaran nilai-nilai murni melalui pendidikan moral dan pendidikan islam.Di sekolah,ceramah motivasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet boleh dianjurkan supaya pelajar kesan ict.

Scene 20 (21m 19s)

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita , Kalau tersilap tutur bicara , Jemari disusun maaf dipinta ..