PROJEK TAHUN AKHIR. PROJEK TAHUN AKHIR .. AISHAH BINTI HIDUP 68453.
TAJUK. 1. “POLA KOMUNIKASI DAN STRATEGI PENGURUSAN KELUARGA KONFLIK DARI PERSPEKTIF REMAJA BUGIS DI DAERAH LAHAD DATU” ..
LATAR BELAKANG KAJIAN. 2. Remaja ditakrifkan sebagai tempoh dalam julat kehidupan apabila sebahagian besar biologi , kognitif individu,perubahan psikologi , dan sosial dari masa yang dianggap seperti kanak-kanak hingga individu yang matang . Masa remaja adalah masa kegembiraan dan kegelisahan , masa kebahagiaan dan masalah,rasa ingin tahu yang luar biasa , dan rehat dengan masa lalu untuk masa depan . Ini menjadikan masa remaja menjadi masa fasa yang paling membingungkan ..
Oleh itu, cara mengurus konflik yang sesuai diperlukan untuk mengoptimumkan pencapaian matlamat remaja kerana strategi konflik yang diguna boleh memberi kesan kepada fungsi dan kesejahteraan diri remaja . Menariknya, nilai, fahaman, pegangan dan budaya dalam sesuatu keluarga tersebut turut mempengaruhi cara pengurusan konflik dalam kalangan mereka . Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengupas pola komunikasi dan strategi konflik keluarga dalam kalangan remaja Bugis di Daerah Lahad Datu Sabah sahaja ..
MASALAH KAJIAN. 3.
Dalam kajian ini, permasalahan yang dikaji adalah berkaitan dengan s trategi konflik yang diamalkan oleh remaja untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan. Oleh itu, cara mengurus konflik yang sesuai diperlukan untuk mengoptimumkan pencapaian matlamat remaja kerana strategi konflik yang diguna boleh memberi kesan kepada fungsi dan kesejahteraan diri remaja Menariknya, nilai, fahaman, pegangan dan budaya dalam sesuatu keluarga tersebut turut mempengaruhi cara pengurusan konflik dalam kalangan mereka Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengupas strategi konflik keluarga dalam kalangan remaja Bugis di Daerah Lahad Datu Sabah sahaja ..
PERSOALAN KAJIAN. 4. Apakah corak komunikasi keluarga di Malaysia ? Apakah strategi konflik di kalangan remaja ? Apakah hubungan antara corak komunikasi keluarga dan strategi konflik ?.
OBJEKTIF KAJIAN. 5. Mengkaji corak komunikasi keluarga di Malaysia. Mengkaji strategi konflik di kalangan remaja. Mengenalpasti hubungan antara corak komunikasi keluarga dan strategi konflik..
KEPENTINGAN KAJIAN. 6.
H asil kajian ini diharap akan menjadi panduan yang dapat memberi manfaat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang boleh membantu menangani masalah yang berlaku dalam keluarga seperti mengusul satu dasar atau resolusi kepada pihak kerajaan agar membantu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan komunikasi keluarga. Dari Sudut Metodologi Metodologi ini boleh membuka ruang kepada penyelidik seterusnya untuk mengkaji aspek lain yang berkaitan dengan proses komunikasi dalam keluarga strategi pengurusan konflik memandangkan kepentingan komunikasi keluarga dan pengurusan semakin mendapat perhatian di Malaysia..
KAJIAN LITERATUR. 7.
PENGARANG/TAHUN TAJUK DAPATAN KAJIAN Siu Man (2004) Interpersonal competence, family functioning, and parent-adolescent conflicts komunikasi berorientasikan keakuran yang ditekankan oleh ibu bapa adalah untuk mendisiplinkan anak-anak. Di pihak remaja pula, menyatakan kepatuhan kepada ibu bapa adalah penting kerana ia dituntut oleh budaya yang menjadi amalan keluarga disamping dapat mengekalkan keharmonian.
PENGARANG/TAHUN TAJUK DAPATAN KAJIAN Comstock dan Strzyzewski (1990) Interpersonal interaction on television: Family conflict and jealousy on primetime. S trategi mengelak merangkumi memandang remeh akan sesuatu perkara dan juga merubah topik mengenai sesuatu perkara agar tidak terus dibincangkan untuk mengelak dari berlaku sebarang konflik. S trategi konflik mengelak dinyatakan juga sebagai bersikap patuh, bersetuju tanpa syarat, menyerah,dan mencuba untuk menamatkan perbincangan. strategi konflik bekerjasama adalah tindak balas terhadap konflik di dalam keluarga yang mana komunikasi secara aktif dan positif digunakan sebagai strategi mengurus konflik dengan pihak yang terlibat.
PENGARANG/TAHUN TAJUK DAPATAN KAJIAN Dumlao, R., & Botta, R.A. (2000). Family communication patterns and the conflict styles young adults use with their fathers. P ola komunikasi berorientasikan perbualan berkait secara positif dengan remaja Barat. Ciri-ciri orientasi perbualan iaitu boleh menyatakan idea dan pandangan secara dua hala yang mendorong remaja Barat menggunakan strategi menyerang lebih tinggi berbanding strategi konflik yang lain seperti strategi mengelak dan strategi bekerjasama semasa situasi konflik dengan ibu bapa berlaku.
PENGARANG/TAHUN TAJUK DAPATAN KAJIAN Ann Yu Lung. (1999). Parent-adolescent conflict and resolution in Chinese American and Caucasian Families K ebanyakan remaja Cina banyak menggunakan strategi mengelak dan strategi bekerjasama dengan ibu bapa mereka. Hal demikian dapat dikaitkan dengan kenyataan remaja Cina bahawa kegagalan mereka akan menyebabkan keluarga akan dipandang rendah dan jika mereka mencapai pencapaian yang baik.
PENGARANG/TAHUN TAJUK DAPATAN KAJIAN Oetzel, J.G., Arcos, B., Mabizela, P., Weinman, M., & Zhang, Q. (2006). Global conflict perspectives: China, Colombia, South Africa and the Arab-Muslim world Global conflict perspectives: China, Colombia, South Africa and the Arab-Muslim world Misalnya, dalam kalanganremaja Barat, pola komunikasi berorientasikan keakuran tidak dapat membina dan membentuk hubungan dalam keluarga., R emaja daripada keluarga Asia, misalnya kajian ke atas keluarga Cina Amerika lebih banyak menggunakan strategi mengelak dan bekerjasama dan menerima komunikasi berorientasikan keakuran ibu bapa sebagai unsur didikan, pemantauan dan kawalan daripada ibu bapa demi kebaikan diri mereka pada masa hadapan..
METODOLOGI KAJIAN. 8.
8.1. METADOLOGI KAJIAN. REKA BENTUK KAJIAN. 8.2. SAMPEL KAJIAN.
82. 73. 8.1 REKA BENTUK KAJIAN. Enter title. Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan . Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Penyelidikan deskriptif Instrumen pengumpulan data soal selidik. Data dalam bentuk nombor dan statistik, disusun dalam carta dan jadual bagi memudahkan analisis dilakukan ..
A. Golongan remaja yang berbangsa Bugis yang tinggal di daerah Lahad Datu Sabah sahaja..
8.4 INSTRUMEN KAJIAN. P engkaji menggunakan soal selidik ( google form ) sebagai sumber maklumat data.
8.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA. Prosedur pengumpulan data kualitatif adalah satu siri langkah yang dilalui oleh penyelidikdalam mendapatkan data kualitatif yang diperlukan. Langkah pengumpulan data termasuk mengehadkan penyelidikan, menentukan jenis pengumpulan data kualitatif, mereka bentuk usaha rakaman data . Kajian dijalankan menggunakan pendekatan cross-sectional iaitu pengutipan data hanya melibatkan satu titik masa sahaja. Pengutipan data menggunakan kaedah kua li itatif melalui tinjauan borang soal selidik..
8.5 ANALISIS DATA. Statistik deskriptif ( min, frekuensi, peratusan, dan sisihan piawai - umur, jantina . ) Data yang diperolehi daripada responden kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 16.0 dengan menumpukan kepada statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, purata dan sisihan piawai serta statistik inferensi korelasi Pearson..
8.5 ANALISIS DATA. Bagi mengetahui Kenal pasti corak komunikasi keluarga di Malaysia pengkaji menggunakan pengukuran Revise Family Communication Pattern (RFCP) oleh Ritchie dan Fitzpatrick sebagai pengukur pola komunikasi keluarga . M engenalpasti strategi konflik di kalangan remaja , pengkaji akan menggunakan pengukuran Dimensi Gaya Konflik (Conflict Style Dimension (CSD) sebagai objek yang diukur..
8.6 ANALISIS DATA. Fasa 1: Penyediaan Data Fasa 2: Penyusunan Semula Fasa 3: Pengkategorian Fasa 4: Kompilasi.
HASIL KAJIAN. 8.
Demografi. JANTINA Valid LELAKI PEREMPUAN Total Frequency 108 42 150 Percent 72t 280 Valid Percent 72.0 28.0 Cumulative Percent 72.0.
Demografi. Daripada 150 orang responden 50% (83) adalah responden bagi remajar lelaki dan 50% (83) adalah responden bagi remaja perempuan ..
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI KEAKURAN. Keputusan kajian jumlah skor yang diberikan untuk setiap item, nilai skor tertinggi (Min= Berdasarkan 4.47, SP=0.967) adalah pada kenyataan “Ayah saya selalu berkata “ anak-anak tidak boleh melawan cakap orang tua .””. Nilai skor tertinngi untuk pola komunikasi berontasikan keakuran ( Ibu ) (Min=4.31, SP=0.983) pada item yang sama ..
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI KEAKURAN. Ini diikuti dengan kenyataan “Ayah saya kadang-kadang menjadi marah apabila pandangan saya berbeza daripada mereka .” (Min=3.95,SP=0.979). Hal ini terjadi kemungkinan kerana perbezaan generasi yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat Untuk komunikasi keakuran ( Ibu ) Ibu saya selalu berkata “ awak akan lebih memahami sesuatu perkara apabila awak dewasa nanti (Min=4.00,SP=0.912)...
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI KEAKURAN. Nilai skor yang terendah (Min=3.82, SP=1.093) ialah pada kenyataan Ayah saya selalu berkata “ awak tidak sepatutnya berhujah sehingga membuatkan orang marah .”. Nilai skor terendah bagi komunikasi perbualan ( Ibu ) (Min=3.75, SP=1.086) pada kenyataan Ibu saya kadang-kadang menjadi marah apabila pandangan saya berbeza daripada mereka ..
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI PERBUALAN. Nilai skor tertinggi adalah pada kenyataan “Ayah saya selalu berkata ” awak mesti melihat kebaikan dan keburukan sesuatu isu ” (Min=4.11, SP=1.075). Manakala nilai skor tertinggi untuk komunikasi keakuran ( ibu ) ialah (Min=4.28, SP=.970) pada kenyataan yang sama ..
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI PERBUALAN. Seterusnya adalah kenyataan “Ayah selalu bercakap tentang perancangan dan harapan masa depan .” (Min=3.75,SP=1.130). untuk komunikasi perbualan ( Ibu ) (Min=3.95,SP=0.947) pada kenyataan Ibu saya selalu berkata ” setiap orang mesti mempunyai pandangan dalam membuat keputusan keluarga ” ..
POLA ORIENTASI KOMUNIKASI PERBUALAN. Nilai skor yang terendah (Min=.3.58, SP=1.75) ialah pada kenyataan Ayah saya suka mendengar pandangan saya walaupun saya tidak begitu setuju dengan pandangannya.Nilai skor terendah bagi komunikasi perbualan ( Ibu ) ialah (Min=.3.76, SP=1.085) pada kenyataan Saya selalu memberitahu Ibu apa yang saya fikir tentang sesuatu perkara ...
S TRATEGI KONFLIK MENYERANG. Nilai skor tertinggi untuk strategi menyerang (Ayah) ialah (Min=2.91, SP=0.99) adalah pada kenyataan “Saya akan gunakan kemahiran saya untuk menyelesaikan masalah ”. Begitu juga dengan strategi megelak ( Ibu ) . (Min=4.21, SP=0.994) Di sini dapat dilihat remaja mungkin menanamkan satu nilai ke dalam diri mereka agar boleh bersikap fleksibel , tidak tergesa-gesa dan berlaku adil dalam membuat sesuatu keputusan penting . Cara begini dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan rasa hormat kepada ibu bapa-anak kerana setiap permasalahan boleh ditangani bersama secara positif ..
S TRATEGI KONFLIK MENYERANG. Nilai skor yang terendah (Min=3.72, SP=1.159) ialah pada kenyataan Saya akan pastikan matlamat saya tercapai sewaktu konflik berlaku ”. Manakala , nilai skor terendah untuk strategi ibu ialah Saya suka mempertahankan hak saya sebagai anak apabila bertengkar dengan ibu (Min=3.75, SP=1.088).
S TRATEGI KONFLIK BEKERJASAMA. Nilai skor tertinggi (Min=3.95,SP=1.077) adalah pada kenyataan “Saya akan gunakan kemahiran saya dalam menyelesaikan dan untuk stategi konflik ibu nilai tertinggi pada kenyataan Saya menggunakan penyelesaian masalah dengan berbincang terus dengan ibu (Min=3.90,SP 1.22).
S TRATEGI KONFLIK BEKERJASAMA. Nilai skor terendah (Min=3.48, SP=1.273) adalah pada kenyataan “Saya cuba menyelesaikan masalah perbezaan pendapat kami melalui perbincangan terbuka dan untuk strategi konflik ibu nilai terendah ialah pada kenyataan Saya cuba menyelesaikan masalah perbezaan pendapat kami melalui perbincangan terbuka . (Min=3.67,SP 1.108).
S TRATEGI KONFLIK MENGELAK. Nilai skor tertinggi ialah (Min=3,85 SP=1.054) adalah pada kenyataan “Saya cuba untuk mengelak dari sebarang pertengkaran yang tidak diingini dengan ayah saya ”.dan untuk stategi konflik mengelak ( ibu ) nilai tertinggi ialah pada kenyataan Saya cuba mengelak daripada bertengkardengan ibu . (Min=3.99,SP 1.23).
Dirumuskan bahawa pola komunikasi keluarga kajian ini berorientasikan keakuran tinggi dan rendah orientasi perbualan . Ini menunjukkan pola komunikasi keluarga responden mementingkan ketegasan dalam mendidik anak-anak . Ketegasan dalam mendidik dapat mendisiplinkan diri anakanak . Anak-anak yang berjaya adalah anak-anak yang mempunyai disiplin diri yang tinggi . Selain itu , pola komunikasi keluarga ( orientasi perbualan dan orientasi keakuran ) berkait secara positif dengan strategi konflik sama ada strategi mengelak , strategi bekerjasama , dan strategi menyerang remaja ..
PROJEK TAHUN AKHIR. TERIMA KASIH. .