ENDEMIK- FASA PERALIHAN ENDEMIK

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

eLearn@USM Sidang 2021/2022. Don't scrap off-campus courses, ex-students tell USM | Free Malaysia Today (FMT).

Scene 2 (4s)

JUF 101 ENDEMIK- FASA PERALIHAN ENDEMIK. KUMPULAN ENDEMIK 2022.

Scene 3 (12s)

KUMPULAN ENDEMIK 2022 TERDIRI DARIPADA:. NUR FARHANA CHENDAN JK/14036/21.

Scene 4 (18s)

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang , Awal Bismillah pembuka bicara ..

Scene 5 (29s)

PENGUMUMAN KERAJAAN MALAYSIA KE FASA PERALIHAN ENDEMIK.

Scene 6 (1m 36s)

PENGENALAN. Negara Malaysia memutuskan untuk memulakan fasa ‘ Peralihan Endemik ’ bermula 1 April 2022. Dengan beralihnya ke fasa ‘ Peralihan Endemik ’, perkembangan ekonomi negara dijangka akan menunjukkan pemulihan dan semua industri yang terjejas akan mula berkembang semula . Pembukaan sempadan negara juga dijangka akan diumumkan pada masa yang terdekat ini.Maka pengusaha sektor pelancongan negara, boleh menarik nafas dan pembukaan sektor pelancongan ini dijangka akan merancakkan lagi sektor perlancongan Malaysia. Pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk penilaian risiko keberjangkitan dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri . Rata-rata warga negara menyambut keputusan yang diumumkan kerajaan ini dengan reaksi positif.Mereka percaya dan yakin peralihan ke fasa ‘ Peralihan Endemik ’ ini akan memberikan sinar baru kepada rakyat Malaysia yang terkesan sepanjang pandemik yang melanda sebelum ini ..

Scene 8 (8m 17s)

Pembukaan sempadan negara. P embukaan sempadan negara yang akan bermula 1 April 2022,Malaysia menjadi negara ASEAN yang terbaru membuka sempadan selepas negara jiran menerima kemasukan pelancong luar di Bali, Indonesia.Pembukaan sempadan negara ini adalah bertujuan untuk menerima semula pelancong dan pengembara luar yang mempunyai dokumen yang sah dan lengkap bagi membantu menaikkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat COVID-19.Keputusan pembukaan pintu sempadan negara ini adalah berdasarkan kepada tiga perkara asas iaitu yang berpandukan kepada sains serta fakta COVID-19, Pembukaan sempadan negara ini juga memberikan peluang rakyat untuk keluar masuk Malaysia seperti biasa dan membuat perjalanan ke negara-negara yang telah membuka pintu sempadan negara mereka.Pada masa yang sama juga pemansuhan MyTravelPass akan dilaksanakan dan rakyat negara luar tidak perlu lagi memohon pass tersebut untuk memasuki Malaysia. Namun begitu beberapa prosedur wajib tetap akan dikenakan kepada pelancong luar yang memasuki Malaysia dan wajib dipatuhi oleh mereka ..

Scene 9 (10m 37s)

10 Keperluan dalam melaksanakan SOP Susulan keputusan kerajaan untuk beralih ke fasa ‘ Peralihan Endemik ’, beberapa perubahan dan keperluan penting akan dilaksanakan.Perubahan dan keperluan ini merangkumi penguatkuasaan Standard Operation Procedure (S.O.P) yang baru . S.O.P fasa ‘ Peralihan Endemik ’ akan memberi tumpuan dalam membawa keluar rakyat daripada kemurungan dan mengurangkan keresahan rakyat dengan memberi sedikit perubahan yang positif . Pertama - Pemakaian pelitup muka . Pemakaian pelitup muka masih lagi wajib kepada semua apabila berada di tempat-tempat awam.Beralihnya perubahan fasa pandemik ke fasa peralihan endemik tidak menandakan akan berakhirnya penggunaan pelitup muka . Seperti yang diketahui COVID-19 Virus mudah merebak dan menular dari titisan dari hidung dan mulut yang disebarkan apabila seseorang itu batuk atau bersin . Maka pemakaian pelitup muka ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada si pemakai ..

Scene 10 (11m 57s)

2.Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan ( ventilasi ) yang baik di dalam premis . Pengudaraan yang baik akan mengurangkan risiko penyakit bawaan udara ini . Dengan ventilasi yang berkesan pengaliran udara kotor dan terjangkit akan segera dikeluarkan dan digantikan dengan udara yang bersih . 3.Sentiasa menjaga kebersihan tangan Selain dari menitikberatkan sistem pengudaraan premis.Setiap individu juga harus mengamalkan kebersihan tangan , amalan kerap membasuh tangan atau kerap menggunakan hand sanitizer harus dijadikan amalan wajib bagi setiap individu dalam membendung penularan COVID-19 ini ..