BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN. Kumpulan 8 HAFIZ NGAU NUR ANIS ATHIRAH AZIELA.

Scene 2 (8s)

ISI KANDUNGAN. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09.

Scene 3 (22s)

BOLT DAN NAT. Bolt dan nat turut digunakan sebagai bahan pengikat bahagian kayu atau logam. Bolt ini panjangnya 12mm untuk tujuan menggantungkan objek atau bahagian tertentu, bolt yang bengkok boleh digunakan.Bolt bengkok jenis ini mempunyai kepala yang dibengkokkan untuk menggantungkan barang Terdapat 3 jenis bolt iaitu bolt mesin, bolt pedati dan bolt gerigis..

Scene 4 (48s)

ENGSEL DAN FUNGSINYA. Engsel ialah alat berbentuk sambungan besi yang berfungsi menyambung perabot yang mempunyai sistem bukaan supaya boleh berputar pada paksinya. Fungsinya: Engsel sebagai bahan bantu dalam pembuatan kraf kayu Engsel sebagai alat pengukuhan dalam kraf kayu atau perabot yang memerlukan peranan engsel. Jenis-jenis engsel ialah engsel kupu-kupu, engsel barel, engsel patrom, engsel piano, engsel panel dan banyak lagi..

Scene 5 (1m 8s)

TOMBOL PENARIK. Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk membolehkannya dibuka dengan mudah. Ianya diperbuat daripada plastik, loyang, tembaga, besi, gangsa dan kayu..

Scene 6 (1m 21s)

PENDAKAP. Dikenali sebagai sandal topang, biasanya digunakan untuk menyokong almari atau papan yang dipasangkan pada tombol. Diperbuat daripada keluli atau gangsa. Pemasangannya menggunakan skru..

Scene 7 (1m 33s)

KUKU ( ROLLER CATCH). Roller Catch ialah sejenis mekanisme selak pintu untuk memastikan pintu tertutup. Fungsi : menahan pintu tanpa kunci daripada terbuka. Selalu digunakan pada almari, pintu , kabinet dan sebagainya. Roller catch menyediakan cara mudah untuk menutup pintu apabila perkakasan penyelak standard tidak diperlukan. Roller catch diperbuat daripada dua jenis logam - keluli dan aluminium. Pengatup roller aluminium lebih rendah kekuatannya daripada penutup keluli, tetapi dalam kebanyakan kes ia mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang diperlukan. Semua penutup roller menjalani banyak pemeriksaan dalam pengeluaran..

Scene 8 (1m 58s)

SELAK. Selak adalah bahan yang diperbuat daripada kayu atau logam yang dipasangkan pada pintu atau tingkap supaya ia tertutup dan cuma dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut. Selak merupakan bahan yang digunakan untuk menetapkan bilah dalam kedudukan tertutup. Ia digunakan terutamanya pada bingkai tingkap, kabin tandas dan pintu..

Scene 9 (2m 15s)

KUNCI. Memastikan pintu dapat ditutup dengan selamat. Hanya dapat dibuka dengan menggunakan anak kunci yang tertentu sahaja. Mempunyai 2 bahagian: Blok selak : Dikendalikan oleh pemegang. Blok kunci : Dikendalikan oleh anak kunci..

Scene 10 (2m 29s)

Penahan pintu hidrolik. Membolehkan pintu tertutup sendiri selepas dibuka Menggunakan sistem hidrolik Penahan ini dipasang pada bahagian atas pintu disebelah pintu yang berengsel. Dilekatkan pada permukaan pintu dan tersembunyi dalam pintu Cth: Dipasang pada bilik yang berhawa dingin, kedap bunyi.

Scene 11 (2m 44s)

GELANGSAR. Terdiri daripada landasan U iaitu tempat roda bergerak. Landaan ini dipasang diatas suatu permukaan. Pada bahagian lantai atau bawah akan diletak satu saluran diperbuat dari besi atau logam ditanam pada lantai bagi memandu pergerakan pintu atau slide..

Scene 12 (2m 58s)

Terima Kasih.