PENGAJIAN MALAYSIA 2 ( MPU2162)

1 of
Published on Video
Go to video
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Page 1 (0s)

PENGAJIAN MALAYSIA 2 ( MPU2162).

Page 2 (4s)

Nouri Shakirah Binti Riduan (D21113668) Siti Solehah Binti Mansor (D21113421) Mardyatul Alyiah Binti Hussin (D21113454).

Page 3 (8s)

. BADAN EKSEKUTIF MALAYSIA.

Page 4 (14s)

PERINGKAT PERSEKUTUAN. KABINET : BADAN PENGGUBAL DASAR PERSEKUTUAN KUASA EKSEKUTIF KABINET/JEMAAH MENTERI INI DIANGGOTAI OLEH PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI YANG LAIN. MEREKA DILANTIK OLEH YDPA DILANTIK KERANA MEREKA MENGETUAI DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA DILANTIK ATAS NASIHAT PERDANA MENTERI KABINET MELAKSANAKAN KUASA EKSEKUTIF KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAS NAMA YDPA KABINET BERTANGGUNGJAWAB SECARA KOLEKTIF. SEMUA ANGGOTA KABINET PERLU BERSAMA-SAMA DALAM MEMPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS SEGALA KEPUTUSAN YG DIBUAT OLEH KABINET ANTARA TUGAS KABINET: MENGGUBAL DASAR KERAJAAN MEMPERINCIKAN DASAR-DASAR UMUM YG DIJANJIKAN KEPADA RAKYAT MEMBENTUK DASAR KOORDINASI YG BERTUJUAN MEMBINA KERAJAAN YANG CEKAP DAN EFEKTIF. SEMUA MENTERI PERLU BERSETUJU DENGAN SEMUA KEPUTUSAN YG DIBUAT DI DALAM MESYUARAT KABINET JIKA TIDAK BERSETUJU MEREKA INI AKAN DIBERHENTIKAN DARIPADA MENJADI MENTERI.

Page 5 (5m 14s)

Tugas - tugas menteri dilaksanakan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian . Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan . Portofolio seorang perdana menteri pula akan dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri. Terdapat sebanyak 24 jenis kementerian . Antaranya : Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Kementerian Pertahanan Malaysia Kementerian Pengangkutan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Kementerian Dalam Negeri.

Page 6 (6m 18s)

11. Kementerian Komunikasi dan Multimedia 12. Kementerian Kesihatan 13. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 14. Kementerian Kewangan 15. Kementerian Luar Negeri 16. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 17. Kementerian Kerja Raya 18. Kementerian Sumber Manusia 19. Kementerian Wilayah Persekutuan 20. Kementerian Belia dan Sukan 21. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 22. Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi 23. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 24. Jabatan Perdana Menteri.

Page 7 (6m 55s)

PERKHIDMATAN AWAM. Perkhidmatan awam di Malaysia merupakan perkhidmatan yang terbaik dari segi peranan dan sumbangannya . Sistem yang teratur diwarisi daripada pihak penjajah . Telah melalui pelbagai fasa pembangunan dan pembinaan yang pesat . Telah menangani pelbagai cabaran dalam membentuk negara yang berdaulat . Aman dan Makmur. Perkhidmatan awam yang termaktub dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut : Pasukan Polis Angkatan Tentera Perkhidmatan Pelajaran Perkhidmatan Awam Negeri Perkhidmatan Awam Am Persekutuan Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-undang Perkhidmatan Awam Bersama (Persekutuan Dan Negeri).

Page 8 (11m 55s)

SEKATAN MENGENAI PEMBUANGAN KERJA DAN PENURUNAN PANGKAT.

Page 9 (16m 55s)

Menurut Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan, mengenakan sekatan tertentu mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat bagi anggota perkhidmata awam selain anggota tentera melalui fasal (1), (2) dan (3). Fasal (1) : memperuntukan tidak ada seorang pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh pihak berkuasa rendah daripada pihak berkuasa yang mempunyai kuasa melantik seorang ahli perkhidmatan yang sama pangkanya . Fasal (2) : memperuntukan tidak ada seorang pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberikan penjelasan yang munasabah . Fasal (3) : memperuntukan bahawa tidak ada seorang pun boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa Tindakan tatatertib kerana sesuatu yang dilakukan dalam menjalankan tugas kehakiman . -.

Page 10 (21m 55s)

Terdapat cara tertentu yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam menentukan alasan dan cara anggota perkhidmatan awam boleh dibuang kerja atau mengambil tindakan tatatertib . Dikenali sebagai Perintah Am. Perintah Am telah menentukan syarat-syarat perlantikan dan syarat-syarat perkhidmatan para anggota perkhidmatan awam melalui Fasal (2), Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kuasa undang-undang . Mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Persekutuan. Peraturan-peraturan yang mengawal tatatertib para pegawai awam ialah Peraturan-peraturan Perlu ( Perintah Am, Bab D),1969. Peraturan dibuat oleh kerajaan persekutuan Boleh diguna pakai oleh pegawai di Persekutuan dan juga pegawai peringkat negeri. Pencen anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh Perlembagaan ..

Page 11 (26m 55s)

BADAN – BADAN BERKANUN & SURUHANJAYA. Badan-badan Berkanun •Badan-badan Berkanun memainkan peranan penting selepas kementerian dan perkhidmatan awam . Hal ini kerana, Kebanyakan badan berkanun terletak dibawah sesuatu kementerian . Sehingga tahun 2010, terdapat sebanyak 74 buah badan berkanun Persekutuan dengan anggota seramai 99,533 orang dan 86 buah badan berkanun negeri dengan 24,403 orang anggota . Jumlah itu mewakili 196 daripada keseluruhan anggota perkhidmatan awam Malaysia. Oleh itu badan-badan berkanun merupakan salah satu cabang perkhidmatan awam yang penting dan memerlukan pengurusan yang baik . • antara badan berkanun persekutuan yang terdapat di Malaysia kini adalah ; 1)Bank Negara Malaysia (BNM) 2)Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 3)Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LPOB) 4)Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 5)Lembaga Getah Malaysia (LGM) 6) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 7) Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA).

Page 12 (27m 0s)

8)Lembaga Tabung Haji (LUTH) 9)Lembaga Koko Malaysia (MCB) 10)Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 11) Universiti Malaya Dan Ipt lain-lain di Malaysia 12)Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 13)Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 14) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 15) Perbadanan Produktivi Malaysia (NPC).

Page 13 (27m 4s)

SURUHANJAYA. Suruhanjaya Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan sistematik , kerajaan telah membentuk dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan . Suruhanjaya Sementara pula ditubuhkan untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara yang timbul pada satu-satu masa. 1) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 3) Suruhanjaya Pasukan Polis 4) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.

Page 14 (27m 8s)

PERINGKAT NEGERI. PERINGKAT NEGERI RAJA/SULTAN/YANG DIPERTUA NEGERI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN BAHAWA KUASA EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI DI SETIAP NEGERI DIJALANKAN OLEH RAJA/SULTAN/YANG DIPERTUA NEGERI. SEMUA PERLEMBAGAAN NEGERI MENGANDUNGI SEKSYEN 1(2) SEPERTI YG TERKANDUNG DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA YG MEMBOLEHKAN RAJA BERTINDAK MENURUT BUDI BICARANYA DALAM MENJALANKAN TUGAS-TUGAS YANG DIBERI. ANTARA TUGAS-TUGASNYA ADALAH : MELANTIK MENTERI BESAR/KETUA MENTERI MEMPERSETUJUI/TIDAK MEMPERSETUJUI PERMINTAAN MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI. MEMPERKENANKAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR/KETUA MENTERI DALAM KALANGAN MEREKA YG MENGETUAI PARTI YG BERJAYA MEMENANGI UNDI MAJORITI DALAM PILIHAN RAYA PADA PERINGKAT NEGERI. MEMPERKENANKAN PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) JEMAAH MENTERI ATAS NASIHAT MENTERI BESAR/KETUA MENTERI..

Page 15 (32m 8s)

BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI. Pentadbiran peringkat negeri tertakluk kepada Perlembagaan Negeri yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanggungjawab kerajaan negeri termasuklah agama, pertanian , Pendidikan, perhutanan , pentadbiran tanah dan air. Penting untuk kemajuan di negeri tersebut . Dasar kerajaan dibentuk oleh DUN dan dipertanggungjawabkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Tujuannya untuk penyelarasan . Kemudian diserahkan kepada Pejabat Daerah yang bertindak sebagai penentu kepada pembangunan daerah . Pelaksanaan pentadbiran peringkat negari dibantu oleh agensi kerajaan ..

Page 16 (33m 9s)

PERINGKAT DAERAH. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa buah mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu. Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat , iaitu : Bahagian – ditadbir oleh Residen Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah Daerah kecil – ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri Kampung – ditadbir oleh penghulu Di Sabah pula, terdapat dua peringkat pentadbiran daerah , iaitu : Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah ( dibantu oleh Ketua Anak Negeri) Kampung – ditadbir oleh Ketua Kampung Pentadbiran Kerajaan Tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran . Fungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan pekan//bandar. Pentadbiran Kerajaan Tempatan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis yang terdiri daripada Pegawai Daerah. Ketua Pentadbir sesebuah Majlis Tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan ..

Page 17 (34m 33s)

SEKIAN, TERIMA KASIH !.