PowerPoint Presentation

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM [BPM(HONS)] VKMB1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022 TUGASAN KUMPULAN: ALAT MUZIK TRADISIONAL.

Scene 2 (43s)

Pengenalan. Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya , pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.

Scene 3 (1m 33s)

ALAT MUZIK KAUM MELAYU.

Scene 4 (1m 39s)

Gong. M erupakan alat muzik yang mempunyai dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai busut atau tombol A lat ‘Gong’ yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya D igunakan secara berpasangan dengan Tetawak A nak khusunya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong,wayang kulit Kelantan dan main petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.

Scene 5 (2m 22s)

Bonang. M erupakan Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada perunggu dan merupakan alat melodi utama dalam ensemble gamelan Melayu Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsong Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya,secara tradisi alat Bonang dikenali sebagai Keromong yakni memakai sistem nama yang hamper sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak..

Scene 6 (3m 6s)

Kompang. Kompang mempunyai balih berbingkai yang diperbuat kayu jenis keras Lazimnya daripada spesis nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophylus B elulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya keteganganya lebih terjamin Permainan ini selalu dimainkan secara kumpulan dalam keadaan bersila,berdiri atau berarak mengikut keperluan.

Scene 7 (4m 14s)

Alat muzik masyarakat cina di malaysia. Alat muzik tradisional masyarakat cina boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu jenis tiupan , bertali , gesek dan pukul ..

Scene 8 (4m 40s)

BO Alat muzik yang dipanggil Bo turut juga dikenali sebagai Po merupakan sejenis alat muzik yang dikelaskan dalam kumpulan Idiofon . Alat muzik jenis ini sangat terkenal semasa pemerintahan Dinasti Sui dan Dinasti Tang berlangsung antara tahun 581 sehingga tahun 907 di negara China. Ia diperbuat daripada kepingan gangsa dan ia merupakan sepasang piring berbentuk bulat yang rata. Bagi masyarakat Cina bunyi yang kuat merupakan sesuatu yang baik sepertimana amalan mereka membakar mercun untuk menghalau hantu ..

Scene 9 (5m 10s)

CHING DAN CHAP Ching dan Chap adalah instrumen dalam kategori Idiofon . Instrumen ini digunakan secara berpasangan dan dibuat secara serupa . Alat ini mempunyai takuk seperti cawan di tengah dan berbentuk bulat . Biasanya kepingan gangsa nipis digunakan untuk membuat ching dan chap. Alat kecil kebiasaanya berdiameter di antara 12 dan 14 cm, dan alat yang lebih besar adalah berdiameter antara 23 dan 26 cm. Dalam kumpulan Piphat , ia berfungsi sebagai penanda masa dan menentukan tempo..

Scene 10 (5m 48s)

ERHU Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon . Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan yang bertali dua . Ia merupakan antara alat muzik paling terkenal dalam keluarga Hu-qin di China. Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular . Erhu boleh dibahagikan kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan kedua dalam Orkestra Cina . Jenis - jenis Erhu termasuklah Zhonghu, Gaohu , Banhu , Jinghu , dan sebagainya ..

Scene 11 (6m 23s)

LIU QIN Liu Qin merupakan alat muzik dalam kategori Kordofon . Ia merupakan jenis alat muzik bertali yang dipetik serupa dengan Pipa kecuali ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan berbunyi seperti sebuah Mandolin. Alat pemetik yang digunakan untuk memetik liu qin adaIah diperbuat daripada tanduk binatang namun sekarang alat pemetiknya diperbuat daripada plastik . Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat . Selain itu , ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina ..

Scene 12 (6m 48s)

PIPA Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon . Ia merupakan alat muzik yang paling simbolik dan terkenal dalam Orkestra Cina . Ia dikatakan telah dimainkan lebih 2000 tahun dahulu . Kotak bunyinya diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan 30 fret. Badan diperbuat daripada kayu , dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar . Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jari . Bahagian kepalanya berukir . Empat talinya ditala kepada A, D, E, dan A dengan jarak suara sebanyak empat setengah oktaf . Untuk mengatasi perasaan marah rakyat kerana terpaksa membina Tembok Besar alat muzik ini telah dimainkan . Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian . Pipa dipegang berdiri di atas paha pemain . Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-tali dipetik ..

Scene 13 (7m 58s)

SERULING/ZHUDI Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling terkenal di negara China dan ia turut dipanggil sebagai " Zhudi ", disebabkan alat ini diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang . Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi . Ia dimainkan dalam bentuk persembahan solo dan juga sekumpulan kecil serta orkestra besar . Selain itu , alat ini dapat memainkan irama yang panjang , tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang menggembirakan dan irama yang merdu . Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung ..

Scene 14 (8m 39s)

GENDANG 24 MUSIM Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang shigu atau gendang cina dalam kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Intrumen muzik ini memiliki 24 gendang. Terdapat 24 musim dalam kalendar Cina dan setiap gendang ini mewakili satu musim . Berdasarkan kepada kalendar Cina , petani akan tahu masa yang betul bagi mereka patut membajak tanah , menyemai , menuai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Gendang ini berfungsi untuk mengiringi tarian singa untuk upacara-upacara rasmi dan perayaan , mengadakan persembahan secara solo untuk hari kebudayaan serta untuk membuka tirai ketika melakukan persembahan kebudayaan Cina . Ketika pemain bermain gendang, dua batang tongkat pemukul akan digunakan untuk memukul gendang tersebut . Timbre yang berlainan dihasilkan melalui pukulan pada permukaan dan sudut yang berlainan . Apabila bahagian tengah permukaan dipukul , bunyi “dung” yang berresonance rendah terhasil . Apabila pemain memukul kedua-dua kayu , bunyi “tik” yang tinggi dan pendek terhasil . Apabila kayu memukul bahagian tepi gendang, bunyi “ tak”pula dihasilkan . Pemain juga boleh menggunakan tapak tangan untuk menghasilkan timbre yang diingini ketika gendang dimainkan . Rak kayu berkaki empat digunakan untuk meletakkan gendang tersebut ..

Scene 15 (9m 59s)

ALAT-ALAT MUZIK MASYARAKAT INDIA. Muzik klasik India bermula kira-kira pada abad ke-2 selepas masihi . Muzik india merupakan salah satu muzik yang tertua . Muzik india ini mendapat inpirasi dari pemujaan para dewa dewi . Bagi masyarakat India terdahulu mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan hukum agama, falsafah , tuhan , kerohanian ritual, sosial dan alam ghaib ini kerana muzik itu adalah sebagai persembahan tuhan . Alat- alat muzik di india digunakan untuk tujuan ritual dan agama bagi mendekatkan keimanan penganut terhadap Tuhan-Tuhannya . Bebarapa alat muzik tradisional india yang popular di kalangan masyarakat di india seperti :-.

Scene 16 (10m 45s)

MUZIK TRADISIONAL INDIA | SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1, 2 DAN 3.

Scene 17 (11m 20s)

SITAR. Sejenis alat muzik yang bertali yang juga disebut zither merupakan “raja alat muzik bertali ”. Alat ini menggunakan lima utas tali untuk tujuan melodinya dan dua utas tali yang digunakan sebagai pembantu kepada dengungan suara dan juga sebagai pengiring petikan melodi . Alat muzik ini digunakan untuk memainkan muzik-muzik tradisonal klasik . Cara bermain Sitar adalah dengan meletakkannya dengan cara terlentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan ..

Scene 18 (11m 56s)

SERULING BAMBOO. Seruling Bambo adalah alat tertua yang diperbuat daripada buluh . Alat ini dimainkan bergitu meluas sekali di india di kalangan semua golongan masyarakat . Selain itu , seruling bomboo ini mempunyai beberapa nama lain seperti murali , vamsi , bansuri dan venu . Seruling bamboo juga mudah diubah suai peniupannya sama ada suara tinggi atau suara rendah yang boleh menyerupai suara manusia dan dapat menerangkan tentang kehebatan muzik klasik India yang telah wujud sejak berabad-abad lampau ..

Scene 19 (12m 31s)

Sehubungan itu adalah beberapa alat muzik tradisonal India, ia terbahagi kepada alat dholak, sitar dan seruling bamboo. Dalam pengalaman dan kehidupan sehari-hari orang-orang India fahaman terhadap muzik adalah luas dan beragam . Lantaran itu sesuatu alat yang ditiup umpamanya direka dengan bentuk yang berlainan sesuai dengan persekitaran dan kemudahan serta kemahuan masing-masing sebagai menunjukkan identiti ..

Scene 20 (13m 0s)

ALAT MUZIK TRADISIONAL SABAH. Alat muzik tradisional ini memang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sentiasa digunakan di majlis rasmi atau menyambut kehadiran orang ramai di mana sahaja rakyat Sabah berada. Pengembara dari dalam dan luar negara juga sering dilihat berminat untuk mencuba menggunakan alat muzik tradisional Sabah.Terdapat beberapa jenis alat muzik yang sering dimainkan iaitu:.

Scene 21 (13m 33s)

KULINTANGAN. Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional Sabah . Ia digunakan dan dimainkan secara meluas oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika menyambut keramaian, perayaan atau majlis rasmi. Kulintangan biasanya mempunyai 8 hingga 9 gong kecil yang disusun sebaris dan apabila dimainkan ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza antara satu sama lain. Ia juga akan dimainkan menggunakan dua kayu pemukul kecil. Beberapa alat muzik tradisional lain juga akan dimainkan bersama-sama dengan Kulintangan ketika membuat persembahan bagi memberikan bunyi yang lebih merdu. Untuk membuat dan memainkan alat muzik Kulintangan adalah sama dengan cara membuat dan memainkan alat muzik seperti gong, tetapi perbezaannya adalah dari segi saiznya yang lebih kecil..

Scene 22 (14m 24s)

TONGKUNGON. Tongkungon ialah alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah . Tongkungon yang terhasil akan diletakkan dengan 8 tali iaitu 4 tali di sebelah kanan dan 4 lagi di sebelah kiri. Biasanya tali ini bersaiz kecil dan halus untuk mengeluarkan bunyi yang kuat. Untuk memainkan alat muzik Tongkungon ini, pemain akan menggunakan jari mereka untuk memetik tali yang terdapat dalam Tongkungon dengan meletakkan 4 jari di sebelah kiri dan 4 jari di sebelah kanan agar dapat memainkan kesemua tali tersebut. Bahan yang digunakan untuk membuat Tongkungon juga mudah didapati iaitu hanya menggunakan buluh dan tali..

Scene 23 (15m 5s)

SOMPOTON. Sompoton merupakan alat muzik tradisional di Sabah yang paling popular di kalangan penduduk bumi Sabah khususnya di Pantai Barat Sabah . Sompoton juga merupakan alat muzik yang paling digemari oleh suku kaum Kadazan-Dusun.Sompoton digunakan secara meluas dan dimainkan semasa mengalu-alukan perhimpunan, perayaan dan upacara rasmi satu lawan satu. Sompoton akan dimainkan oleh orang yang telah mahir menggunakannya supaya bunyi atau irama yang terhasil tidak pecah atau sumbang. Untuk menghasilkan bunyi, Sompoton akan dimainkan menggunakan jari yang dialihkan dari satu lubang ke lubang lain dalam paip Sompoton. Paip Sompoton biasanya berukuran 34 cm di sebelah kiri, manakala di sebelah kanan juga mempunyai ukuran 24 cm..

Scene 24 (15m 53s)

SUNDATANG. . Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Sundatang sangat popular di kalangan Orang Asli Sabah terutamanya suku kaum Rungus . Alat muzik yang diperbuat daripada kayu bertali dan biasanya hanya 2 tali sahaja digunakan untuk membuat alat muzik Sundatang . Kayu yang digunakan untuk membuat Sundatang juga perlu menggunakan kayu keras supaya Sundatang yang dihasilkan lebih tahan lama . Sering dimainkan dengan persembahan kebudayaan dan ada juga segelintir masyarakat yang memainkannya pada masa lapang supaya dapat menghilangkan rasa bosan ..

Scene 25 (16m 31s)

GENDANG. Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah di mana ia digunakan sebagai iringan muzik bersama-sama alat muzik tradisional lain seperti Kulintangan. Selain digunakan untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian atau rasmi, ada juga segelintir orang menggunakannya ketika membuat upacara rawatan orang sakit. Biasanya gendang dihasilkan menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, batang utama, rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atas diperbuat daripada kulit haiwan, kelawar yang terhasil juga perlu dibuat dengan betul supaya kulitnya tidak mudah koyak. Paluan Gendang yang dipalu atau dimainkan berbeza bunyi dan irama dari satu wilayah dengan satu wilayah di negeri Sabah..

Scene 26 (17m 15s)

BUNGKAU. Bila tiba musim menuai padi, muzik Bungkau juga telah dimainkan di kawasan padi Akan dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian pemuzik. Ianya tidak mempunyai saiz tertentu. Namun, anggaran saiz mengikut panjang adalah antara 6 hingga 8 inci atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayu Polod atau sejenis dahan pokok seperti palma. Lampakid ialah kain sarung bagi Bungkau yang diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat muzik bergantung sepenuhnya kepada sumber alam sekitar semula jadi. Bungkau ialah sejenis alat erofon. Kecapi rahang ini diperbuat daripada tempurung kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun/Kadazan. Tangan yang cekap dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat pemangkasan yang baik. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian .. Antara alat muzik yang sering digabungkan dengan alat muzik Bungkau ialah Sompoton, Tongkungon, dan Babangau..

Scene 27 (18m 4s)

KESIMPULAN. Kesimpulannya,rakyat Malaysia perlu memainkan peranan yang penting dalam memelihara alat muzik tradisional agar tidak hilang ditelan zaman.Ini boleh dianggap sebagai warisan budaya bangsa dan selayaknya diterima sebagai satu artifak berharga yang perlu dijaga selain diperluaskan fungsi dan cara menggunakannya . Keunikan pembuatan dan penciptaannya sendiri telah membuktikan tentang kehebatan , kepakaran dan ketelitian pemikiran sesuatu bangsa itu sendiri . Selain sebagai medium luahan hati manusia , ia juga merupakan warisan budaya untuk generasi akan datang ..

Scene 28 (18m 40s)

RUJUKAN. http://orangsabahan.blogspot.com/p/alat-muzik-sabah.html http:// alliwannadoinmyheart.blogspot.com/p/peralatan-musik-tradisional-negeri.html https://www.slideshare.net/LimYiHeng1/seni-muzik-tradisional-masyarakat-melayu.